Followers

Monday, November 9, 2015

Sambal Goreng Jering

Bekal apa nak dibawa harini? Selongkar peti ais jumpa jering.Ok buat sambal je..

Sambal Jering versi cincai Nazaraman(kau hado??haha)
========================
Bahan-bahan:-
Minyak masak
Jering 10 ketul hiris nipis(better rebus sekejap kalau tak nanti liat)
Ikan bilis goreng 2 genggam
Cili kering kisar
Cilipadi kisar
Bawang merah dan putih kisar
Garam secukup rasa
Gula 2 sudu
Air asam setengah cawan


Caranya:-
========
Panaskan minyak,Tumis bawang hingga naik bau,masukkan cilipadi dan cili kering.GUNA API SEDERHANA.Dikuti dengan air asam,gula dan garam. Goreng sehingga sambal pecah minyak baru masukkan jering dan ikan bilis.

*Kalau suka sambal kering,masak lama sikit dengan api yang sederhana tapi kena kacau selalu takut hangus.Ambil masa sehingga 1 jam bergantung pada banyak mana cili yang cili masukkan tadi.Kalau cili banyak mungkin lagi lama.


Siap! Meh tapau bawak gi opis...Sekian

2 comments:

sofie adie said...

dah lama tak makan jering...sedapnya....

Maisarah Humaira said...

sedap ni..boleh cuba nanti