Followers

Monday, November 30, 2015

BBQ Chicken Malaysia

Sabtu lepas Naza, adik ipar dan biras merayau kat Setapak Sentral.
Dah penat merayau kami singgah makan BBQ Chicken Malaysia, restoran yang menyediakan masakan korea.

Apa yang best kat sini? Kat menu diatas ada 11 jenis masakan ayam yang korang boleh try.

Selain ayam ada je nasi goreng,pasta,pizza,salad, tortila dan macam-macam lagi.

Suasana dalam restoran.Santai je..Kami duduk dalam je sebab ada aircond.

Suasana kat luar.Boleh makan atas tuktuk tu kalau korang mau..

Air aku, ntah apa nama dia lupa plak..Soda+Sunquick.

Sous l-Vide Chicken Nasi Goreng.Nana punya...

Kimchi Deopbap.Nasi+Chicken Charbroiled+Kimchi.Pestime Naza makan kimchi.Selalu tengok pelakon-pelakon drama korea makan cam sedap je, bila try oklah not bad.Jeruk kobis je pun, macam makan asam pedas sayur asin je..hehhehe

Sous-Vide Chicken Steak.Mike punya.

Naza tak berkesempatan nak makan Gangjeong Chicken.Dengar cite best giler..Nextime je...

Senang-senang korang boleh skodeng ig,fb dan website dorang kat atas.

Phewit! Nak Join Bloglist arepnakbebel.com (2016) - Season 3.


Salam semua...Jom ramai-ramai support segmen dari Luqman Zakaria.

Kalau nak blog kita akan tersenarai dalam blog penganjur selama SETAHUN, cepat join.Syarat pun mudah tak pening kepala.

Klik invitation card dibawah untuk join...
Selamat mencuba =)



Friday, November 27, 2015

Tepuk-tepuk kad

Mainan apa ini mommy? Nanti mommy ajarkan...






Korang pernah main kad ni tak?  Zaman kanak-kanak Naza beli kad ni sepapan seposen je, biasa beli 2-3 papan main ramai-ramai.Tak sabar nak balik sekolah sebab nak main kad ni.Kadang-kadang bawak gi sekolah main time rehat.Sekarang susah nak cari.Tak semua kedai ada.Stok yang ni pun, badut yang bagi sorang satu...

Cara main : Tepuk kad supaya kad terbalik.Kad yang terbalik akan jadi hak kita.Last siapa paling banyak ada kad dia pemenang...
Kalau nak kad terbalik banyak kena kemek-kemekkan kad  tu dibahagian tengah.Lama-lama boleh terbelah dua kad tu..Tepuk punya tepuk sampai merah tangan...

Macam-macam permainan kita boleh create dengan menggunakan kad ni.

At least anak-anak Naza tau lah cara-cara orang dedulu main.Takdelah tiap-tiap hari hadap tablet je,cuma kenal barbie kenal hotwheel je..kalau boleh nak ajar diorang main ROUNDERS dalam rumah.Hahaha boleh ke????

Kbaiiii..



Thursday, November 26, 2015

Flora Kafe Ampwalk

Semalam Hari Lahir adik ipar dan mak mertua Naza.Tengahari tadi kami celebrate adik ipar dulu di Flora Cafe kat Ampwalk.

Flora Cafe menjadi pilihan sebab mengikut review orang ramai Flora Kafe ni cantik dan penuh bunga-bungaan. Dan ternyata memang deco Flora Kafe cantik sangat.

Untuk celebrate party macam biasa kena booking dulu.Ada macam-macam pakej untuk macam-macam occasion.Macam kami hanya call dan booking tempat duduk je,tak sempat nak booking untuk party sebab kami call less than 2 hours, so ala carte je.

1st sekali kena posing dulu depan Kafe.Itu WAJIB dan PENTING

Hokey,orang sibuk nak makan, kami sibuk bergambar......The Jakun In da House =)

2nd. Menu- Kalau korang tengok menu Flora Kafe memang tahap "rasa nak balik rumah,masak sendiri lagi bagus"  TAPI jangan balik selagi korang tak rasa. Walaupun menu nampak seperti kebanyakkan restoran lain, tapi kami semua happy dengan makanan yang disediakan.ADA RASA SEDAP.

Antara menu yang sempat Naza snap.Yang lain tak sempat nak snap dah kena ngap!
Chicken Chop.Ayamnya crispy bukan main.

Seafood Aglio Olio Naza punya. Lembab tak kering.Sedap sampai kulit-kulit udang aku telan.

Pisang Sira Dengan Aiskrim

Pisang Rebus Dengan Inti Kelapa. Orang kampung  macam kami memang suka dessert camni =)

Mee Udang.Kuah pekat....

Mee Bandung. Tak kedekut udang kering.

Apple asamboi & Watermelon Lemonade 

Birthday Girl meniup lilin..Happy 33rd Birthday Nana.
Siapa yang nak buat birthday atau apa-apa party yang memerlukan kek, kat depan Flora Kafe ada Secret Recipe,senang tak payah beli kat luar.

hahahaha background tak nampak macam makan kat Flora Kafe so daddy tampal tisu Flora Kafe agar nampak yang kitorang makan kat Flora..Hambek kau!!!

Madu aku......Redho je lah..BFF Encik Suami dari kecik sampai ke tua.

Anak buah+Sepupu+Adik Ipauu (pinjam view belon orang lain)

Bergambar dengan Tukang Sponsor.Tq Kak Ngah belanja kami semua...

Putihpepel.Sweet boleh fefeeling romantika


Untuk tempahan silalah call no kat bawah ni ye
012.2070166 / 012.6202505 (MEL) 017-3190203 (AZIZI) 

Pssssttt : Kat Ampwalk ni susah betul nak cari parking.Naza parking kat luar tu sekali kena saman dengan DBKL hampeihhhh...



Tuesday, November 24, 2015

Misi kembara Si Citam


Meowwww!!!! uols marilah beramai-ramai memeriahkan misi Sis Zie untuk untuk menambah rakan follower dan kenalan di samping meningkatkan jumlah followers

 Klik Banner untuk Join..Good Luck!

Tarikh Tutup : 8/12/15



Segmen Blogwaking dan Tambah Followers bersama Impiana Cik Yanie

Klik Banner untuk menyertai Segmen Blogwaking dan Tambah Followers bersama Impiana Cik Yanie.

TARIKH TUTUP : 15 DECEMBER 2015

Back to School

Aik baru cuti dah nak kena back to school ke???Ni nak cerita pasal promo 'Back to school'  lahhh...Kat mana- mana  shopping centre termasuk kedai pakaian Hari-Hari tengah buat promosi ni.

Tadi Naza gi pasaraya di AU2,niat memang nak beli keperluan sekolah lebih awal  untuk mengelakkan kesesakan bila dekat-dekat buka sekolah.

Memandangkan Cik Eva tengah bercuti dirumah neneknya, jadi kami bawa Ryan saja.Tapi Cik Eva siap dah pesan dia nak bag My Little Pony yang ada roda. Ok fineee,kalau kena dengan budgetnya, InshaAllah...

Sampai sana terus kami menuju ke ruangan dimana terdapat semua keperluan sekolah.1st, Naza cari bag My Little Pony beroda, RM149.90..gulppppp.memanglah aku tak beli.Mahal kot....Survey-survey dulu.Si Ryan pulak nak bag Transformer yang hampir seratus jugak harganya.Tapi nasib baik Ryan termakan pujukan Naza agar beli 1 bag Ben10 yang ada promo dengan harga RM39.90.Beli bag PERCUMA Bekas air dan makanan.Mujur tinggal 1 set je.Kalau tiada Sale,harga bag Ben10 tu saja Rm59.90 tiada freegift...

Kalau ikutkan hati Naza memang taknak belikan diorang bag baru sebab bag deuter diorang masih nampak baru dan elok walaupun dah 3tahun berkhidmat.Tapi bila dengar keinginan anak-anak, manalah sampai hati kita...

Then misi mencari kasut untuk Ryan, Alhamdullilah jumpa kasut jenama SUPERMAN yang murah hanya Rm19.90 sepasang.Aku grab 2pasang sebab murah...Kasut ni kalau tak silap Naza tahun lepas harganya dalam tiga puluh lebih.Naza Tak kisahlah kasut pesen/season tahun lepas janji kasut baru dan berpatutan.Stokin tebal barbie dan spiderman hanya RM13.90 untuk 3 pasang.Ok sangat tu.

Naza sempat juga survey-survey baju untuk Eicha nanti.Baju kurung je dah dekat RM40 tu tak termasuk kain.Wah baju budak darjah 1 dah dekat RM80.Tu baru sepasang...kalau beli 2 pasang? Korang kiralah sendiri...Kayo yang menjual..

Bab stationery pulak, ada kaler pensil jenama **** harga sampai RM70 lebih.Rasa macam mengarut je, taulah berkualiti tapi untuk budak-budak rasa mengarut sebab kalau bawa kesekolah mesti hilang sebatang dua...Kadang-kadang  hilang terus.Naza belikan Eva& Ryan set color pensil jenama stabilo siap ada pencil 6pcs,pemadam dan pengasah harganya hanya RM10.90...

Kadang-kadang Naza pikir harga-harga barang keperluan sekolah macam tak masuk akal.Contoh macam tadi survey kat online harga bag My Little Pony RM204.90.Kau rasa?????

Bukan mahu berkira dalam bab pendidikan anak-anak tapi selagi boleh berjimat, haruslah berjimat.Kalau billionaire tak kesah lah...


TIPS :
1.Belilah ikut kemampuan jangan ikut nafsu.

2.Gaji bulan ni dah mula kena beli sikit-sikit, jangan tunggu gaji bulan depan sebab bulan depan macam-macam nak kena bayar contoh buku sekolah, yuran tadika, uniform,bayaran van sekolah dan sebagainya..melainkan korang gaji tinggi,ok je...Orang gaji sederhana macam Naza memang kena beli sikit-sikit dulu.

3.Jangan terlalu ikut kehendak anak-anak.Memang anak-anak mahukan barang ikut karakter kesukaan mereka tapi kalau harga melampau pujuklah mereka atau cari dikedai yang jual lebih murah macam Gedung Hari-Hari...

4.Guna semula.Kalau anak-anak yang dah pernah pergi sekolah, kalau ada stationery yang boleh digunakan lagi better tak payah beli lagi contoh seperti bekas pensil, gunting, pembaris, pengasah pensil dan sebagainya.

5.Bag sekolah jangan beli terlalu kecil, pastikan nanti buku-buku sekolah boleh muat masuk dalam bag.

Sekian...





Sunday, November 22, 2015

Ayam Masak Gajus


Uols jom main masak-masak. Harini Naza masak menu simple je. Ayam Goreng Gajus Ala Thai gitu =)

Bahan-bahan (main agak-agak kuantitinya sebab Naza masak main campak-campak je)

Isi Ayam dipotong dadu 
Tepung Jagung+garam secukup rasa

Capsicum (dipotong kasar)
Kacang Buncis
Daun Limau Purut (2 helai)
Sebiji Bawang Besar dibelah 4
Bawang Putih 3ulas ditumbuk
Halia dihiris
Gajus (dipanggang atau digoreng bagi crunchy dulu,nak senang beli Gajus Tong Garden)
Sos Tiram
(kalau nak tambah carot dan baby corn pun boleh)

Kekdahnye =)

Basuh isi ayam toskan sekejap kemudian lumurkan dalam tepung jagung dan garam. Goreng sehingga garing, angkat toskan untuk buang lebihan minyak.Biarkan tepi....

Panaskan minyak tumis bawang putih,halia,cili kering dan daun limau, bila dah naik bau masukkan sos tiram.Kemudian bawang besar, kacang buncis,capsicum dan gajus.Akhirnya ayam yang digoreng tadi.Siap!

Malas masak tapi nak rasa menu ni, boleh ke RESTORAN PORMTIP THAI RESTAURANT di Bandar Sri Permaisuri Cheras..Sejak pertama kali Naza merasa menu ni dulu terus nak lagi dan lagi...



Saturday, November 21, 2015

Jamuan Prasekolah SK Pandan Perdana

Semalam ada jamuan perpisahan akhir tahun untuk murid-murid Prasekolah SK Pandan Perdana.Ibubapa dijemput hadir memeriahkan lagi majlis.Hakak kalau datang bukan je memeriahkan tapi menghabiskan makanan pun hakak sanggup...bab makan mana boleh hakak tolak, kompom hadirkan diri.Hahaha

Selain jamuan,ada sambutan hari lahir untuk semua pelajar dan persembahan badut.

Naza datang awal sikit sebab volunteer nak tolong cikgu Aifa setup chocolate fountain yang Naza pinjamkan.
















Selamat bercuti anak-anak semua.Sehingga bertemu lagi tahun depan ...Tahun depan Eva dah masuk darjah 1.Ryan masih lagi di Prasekolah.Sekejap je masa berlalu kan....

Friday, November 20, 2015

8th Anniversary GiveAway!

Suka produk Skinbar by Ephyra ?Nak FREE??? Jom cuba nasib dengan join giveaway ni.


 Tarikh Tutup : 25.11.2015 11:59 malam.

Segmen JOM KENALI FOLLOWER ANDA

Salam uols,

Segmen Time!!!! Segmen JOM KENALI FOLLOWER ANDA


Cepat klik Banner untuk Join



Menetap (Negeri) :Naza asal Melaka tapi menetap di Kuala Lumpur.

Kerjaya/Study : Conveyancing Clerk @ Siti Rohani & Partnes/Unitar/ Owner SaffiyaScarf 

Sebab Naza Blogging :  Meluahkan Perasaan Suka dan Duka+Kongsi Pengalaman+Cari kawan baru+Promot SaffiyaScarf

Pernah Join Mana-Mana Blogger Club? : Setakat ni belum lagi sebab masih baru.


TAG :