Followers

Tuesday, November 17, 2015

Ryan & Hotwheels berpisah tiada

Kalau dah nama anak lelaki,kalau tak kereta mainan mesti robot atau ultraman.

Macam Ryan , dia agak obses dengan kereta Hotwheel.Awalnya dia tak kisah hotwheel atau apapun asalkan kereta.Naza selalu je belikan dia kereta kat pasar malam atau kat shopping yang harga kurang dari RM10.Tapi sampai kat tangan Ryan, abis dia pomenkan...

Frust tengok semua kereta dia rosak, Naza pun start belikan dia kereta-kereta hotwheels diecast.Baling macam mana pun still camtu je.Nak cabut tayar dia pun payah Lagipun murah je, Yang biasa-biasa kalau takde sales RM6.90-RM7.90.Kalau ada sale boleh turun sampai RM5 lebih.

Dah ada kereta nak track pulak....Sempena birthday Ryan ke 5, Naza hadiahkan dia Hotwheel Motorized Mega Garage .

Happy & Excited

Yang ni present dari Mami Nana& Papa Mike.Hotwheels Super Score Speedway..Ada double loop.Ryan kata yang ni versi oldfashion punya hotwheel track sebab kena hentak-hentak pakai tangan.Oklah tu Ryan dari takde....


Cik Eva & Ryan..Kalau kakak beli,adik mesti nak beli jugak..Ni hasil dari simpanan tabung diorang,suku dari hasil tabungan boleh beli mainan.Selebihnya masuk bank.

Lagi..hadiah dari daddy sebab behave..Berkelakuan baik dalam tempoh yang diberikan dapat rewards.(Amboi daddy time keje layan youtube ek)


Hadiah dari Aunty Dila...Hambekk kaw spender pun hotwheel gak..Time tu gak dia bukak spender lama nak pakai spender hotwheels yang baru..adoiyai bertuah punya anak.

Selamat malam hotwheels..Tidur pun nak tidur dengan hotwheels..Pelik...
Setakat ni collection kereta-kereta Ryan ada lebih kurang 50pieces.

Sekarang ni dia sibuk ushar-ushar kat youtube hotwheel color shifter, versi boleh tukar-tukar color tu..Dulu ada beli sebiji kat toys r us.Tapi dah tak nampak kereta tu kat mana...

Psstt...Last-last Mak Ryan stress sebab time main sepah-sepah.Takut terpijak boleh jatuh kita dibuatnya..Kalau gi shopping mesti dia nak grab hotwheel kalau tak melalak macam si Pekan..Ambek kaw nak salahkan sape?Salah mak dia jugak, sape suruh ajar..hahaha byebye....

6 comments:

Melissa Muklis said...

baanyaaknyaaa koleksi keretaaa :D

Mummy Julia said...

Bestnya.. hero2 mummy dulu pun banyak gak hotwheel.. Habis semua dia sedekah kat budak2 yg dtg umah.. adehh tak kan nak marah pulakkan.. huaaaa

Naza Raman said...

Takpe dapat pahala tu..heheh

Naza Raman said...

Kalau gadai boleh beli emas

Farrah MF said...

Amboiiii, tido pun nak ngan kete! Mesti mimpi pun mimpi kereta :)

Naza Raman said...

Kan...hehehe