Followers

Saturday, February 27, 2016

Happy Birthday To Me

Terima kasih Ya Allah kerana memanjangkan umurku,memberiku kesihatan yang baik dan kebahagiaan disamping keluarga dan sahabat....Sesungguhnya Kau Maha Pemurah lagi Penyayang.


Happy Birthday To Me..Happy Birthday To Me....Happy Birthday To Naza...Happy Birthday To Me.....Yeayyyy




Birthday treat..Tq sepupussss..tq staff Raintree Cafe Maluri Hotel sebab nyanyi-nyanyikan untuk saya....hahaha



Tuesday, February 9, 2016

Mee Bodoh

Tak pasal-pasal mee kena bodoh.hehehe..
Kalau datang Melaka bolehlah gi sarapan kat kedai mee bodoh/Hassan mee goreng dekat Tengkera.Kedai makan ni dah lama kot sejak zaman Naza sekolah sampai sekarang masih ramai orang datang.
 Mana dapat nama mee bodoh mungkin sebab rupanya kot.

Inilah rupa mee nya...Simple je mee,taugeh,sambal dan timun.Biasa makan dengan kicap dan cuka.Minyak-minyak tu wajib hado tu yang wat sedap...hahahaha sepinggan tanpa telur RM1.50 je

Tak lengkap makan mee bodoh tanpa telur goreng goyang (kuning cair).Untuk dapatkan telur ni korang kena beratur ye.

Make sure korang makan sorang dua pinggan.Macam Naza sepinggan je tak cukup sebab sikit...Kalau nak diet makan jelah sepinggan.

Kedai ni hari-hari ramai orang kecuali Jumaat dorang cuti/tutup kedai.Kedai dibuka pukul 8pagi sampai mee habis.Biasa Naza sampai dalam pukul 9pagi memang meja dah penuh lebih-lebih lagi weekend.Kena tunggu turn orang makan.Takpe tunggu je... korang takkan kecewa sebab benda sedap menanti....

Kalau datang sebelah petang korang boleh try gi makan kat mee sup gian Tengkera yang pemes amos tu.Owner pun suku sakat mee bodoh gak...Lokasi pun berhampiran je...

Datang Melaka ingat mee bodoh dan mee sup gian Tengkera ye..

Pstt....Kalau dah habis makan tu silalah ingat-ingat orang yang sedang menunggu turn nak makan ye.Kalau boleh janganlah lama-lama lepak kat situ kesian orang berdiri menunggu.

Lagi satu, KORANG TAKKAN BODOH JIKA MEMAKAN MEE NI..KALAU BODOH TU BUKAN SALAH MEE TAPI....... =/

Sekian.

#Bila makan kat sini mesti teringat kat cikgu matematik aku sebab kedai ni family dia yang punya.




Saturday, February 6, 2016

Cameron Highlands 2016

Last month kami reward Eicha & Ryan, bawa jalan-jalan.Kesian masa cuti sekolah bulan 12 lepas tak bawak mereka ke mana-mana pun.Ni plan last minute sebenarnya.Asalnya nak bawa gi Zoo Negara je tapi tetiba Naza pulak teringat nak gi Cameron,dah lama tak kesana.... terus tukar plan.

Dan asalnya juga Naza ingat nak gi anak beranak je tapi malam tu terfikir kalau bawak mak mertua pun bagus gak boleh dia relax-relax.So malam tu jugak Naza suruh Mr Daddy call mak dia dan confirmkan.Lastly dengan adik ipar pun nak ikut.Ok best jom cari homestay je...

Cari homestay 1 hal. Almaklumlah decide Khamis, nak gi Sabtu, pagi jumaat baru terhegeh-hegeh cari homestay.Naza whatsapp lebih 10 homestay especially area Taman Sedia, nan hadooo..Alhamdullilah ada 1 je yang reply tapi apartment 3bilik kat Carnation Park Tanah Rata, tingkat 3 walk up.Ok belasah jelah janji dapat gi Cameron...

Day 1
Kami naik Cameron melalui Tapah.Kalau uols nak jalan cantik silalah ikut Simpang Pulai.Setelah kepala masing-masing tingtong mengharungi jalan bengkang-bengkok,silalah singgah mengeTEH kat Bharat cafe.Sambil minum teh sambil tengok ladang teh yang menghijau...Minum kat sini agak mahal jugak ye tapi sekali sekala bolehlah...

Check In
Apartment di Jalan Carnation 2 kalau tengok area luar agak crowded dan scary tapi Alhamdullilah dalam rumah bersih,lengkap dan aman takde bising.Tidur malam pun takde gangguan.Check in pukul 2pm dan check out pukul 12tghari.
Untuk tempahan boleh roger En.Nik 0134606325.Alhamdullilah puas hati dengan servis.


Malam tu kami ke pasar malam yang pemes dan terbesar kat Brinchang.Cari sayur-sayuran untuk buat nasi lemak esok paginya.Kat sini korang boleh beli 8 jenis sayur dengan harga RM10.Yang best dapat beli petai besar-besar...Seikat hanya RM10.



 Topi Eicha dan Ryan pakai tu 1 RM10.Jangan kata budak-budak..Orangtua pun dok pakai topi tu.

Day 2
 Sarapan hari ke 2-Nasi lemak buat sendiri...
Mana nak cari bahan????Kat Brinchang ada 1 pasaraya jimat namanya KS MART.Kat situ semua ada dan harga sama je.Tak mahal pun.Naza beli udang 1 pek(dlm 20ekor size sedang) dalam RM8.Udang segar hokey...Ayam seekor dalam RM13 lebih..Selain tu ada bahan-bahan nak buat steamboat dijual kat sini.So pasni tak perlu susah payah nak angkut dari bawah naik.ke Cameron.Gi beli kat KS Mart je.

Boh Plantation Sungei Palas.Ni dah 4kali Naza kesini.Kalau ikutkan hati memang tak mahu ke sini lebib-lebih lagi time cuti sekolah ni, jem teruk.Dari Tanah Rata ke Sungei Palas hampir 2jam kami stuck.Gilerrr.Otw anak-anak dah fed up sebab duduk dalam kereta lama sangat tapi Naza sabarkan mereka sebab nak dorang tengok tempat ni.Lagipun bukan selalu datang.Uols kalau nak ke Cameron pergilah time bukan cuti sekolah kalau tak mahu buang masa menghadap jem.Tapi kebanyakkan parent cam kitorang terpaksa pergi time cuti sekolah sebab takkanlah kau nak pontengkan anak sekolah semata-mata nak gi bersuka-ria, kan??

Ok bila sampai Sungei Palas silalah mengeTEH lagi.Kat sini minum teh agak murah.Then boleh masuk kilang memproses teh diwaktu pagi.Memandangkan Naza sampai dah tengahari so budak-budak terlepas nak tengok aktiviti memproses teh.

Turun dari Sungei Palas, ada 1 bee farm,EE Feng Gu.Masuk percuma tapi adoyai nak kena turun naik tangga,bagi orangtua yang tak berapa kuat tu tak sesuai kalau nak turun kebawah untuk melihat sang lebah kat sini.Kat sini ada jual madu lebah,souvenier,coklat,candy dan lain-lain...Kami sekejap je singgah kat sini bila Ryan mula terpekik terlolong nampak lebah berterbangan sana sini...

Turun ke bawah lagi uols akan jumpa CH Butterfly Farm.Kat cameron banyak butterfly farm so ikut suka korang nak gi mana 1.Masuk berbayar.Dewasa RM5 kanak-kanak RM2.Kat sini best sebab boleh tengok banyak rama-rama yang besar-besar dan jinak..Rama-rama ni agaknya dah kena ubat pelali kot sebab ko sentuh dia tak terbang pun,hahaha....

Selain tu kat CH butterfly farm ni ada ular,ikan,arnab dan haiwan yang boleh kita bela.Nama je taman rama-rama tapi dalam ni taman bunga dan sayur.Kita boleh beli sayur yang baru dipetik.Mak mertua Naza beli brokoli 3jambak RM10,bodek punya bodek dapat free 1.Kami habiskan masa yang lama kat sini.Eicha & Ryan happy dan leka melihat rama-rama,bunga dan binatang-binatang perliharaan.

Makan malam-berSteamboat
Makan malam kami tak keluar sebab masing-masing keletihan.Lagipun nak tengok AJL.So Naza buat steamboat je.Beli jagung kat Kea Farm kasi rebus sekali...Jagung susu 10batang RM15.

Day 3

Naza,mak mertua,MrDaddy dan Ryan pagi-pagi dah ke Kea Farm beli sayur untuk dibawa balik.Takde gambar masa kami di Kea Farm sebab hujan so takde masa nak keluarkan handphone.Kat situ  juga Mak mertua nak cari bantal strawberry untuk anak cucu dia.

Singgah SCorner tapi SCorner tak sepenuhnya buka sebab belum pukul 10am.Kat SCorner ni macam-macam ada seperti kedai cendawan,strawberry,sayur-sayuran,teh dan souvenier.

Otw nak balik apartment Naza ternampak bantal-bantal cute ni kat Brinchang.Apelagi singgahlah.....Bantal murah-murah wokk.Mak mertua Naza menyesal beli kat Kea Farm tadi mahal.Kat Brinchang bantal Minion dan Hellokitty 2pcs RM38 je.Kalau kecik sikit RM10-RM13...Jauh lebih murah kat Kea Farm atau SCorner.Kedainya berdekatan dengan IPD Cameron kat Brinchang.Kedai dalam khemah.Kedai no.1.....

Taman Sedia
Support orang kita...Kat Taman Sedia banyak kebun strawberry orang melayu, antara yang femes ialah Taman Agro Al Mashoor.Kat sini boleh tengok pokok strawberry dan kalau penat ada cafe untuk minum-minum atau makan strawberry dan waffles.Ice cream strawberry kat sini memang sedap sampai tahap must try.Ice cream RM2.50.Strawberry cicah coklat RM8.

Agak-agak kalau terlupa nak beli madu kat atas puncak cameron,korang boleh singgah kat Highlands Apitary Bee Farm.Lokasi Ringlet.Kat sini boleh beli madu asli sambil melihat sarang lebah dan kelulut.Madu dalam botol tu RM35,kalau yang bangla potong-potong tu ada yang serendah belasan ringgit..Lepas tu barulah boleh balik =)

Tips :

1.Kalau duduk homestay silalah bawa selimut/comforter/toto lebih.Takut homestay tak sediakan lebih.....malam-malam nanti sejuk..
2.Bawa stoking untuk anak-anak.
3.Pakai kasut terutama untuk turun ke ladang teh.Elak pakai heel ye cik kak, takut tergelincir.Nasib tak baik boleh patah heel or putus selipar...
4.Jangan pergi time public holiday..Giler jemmmm
5.Jangan minum air dari paip yang tak dimasak.Nak senang beli air mineral.
6.Bawalah ubat selesema atau vicks kot-kot terkena selesema.Minyak angin bagi yang mudah mabuk jalan.
7.Penjual teh ada pesan kalau nak beli teh Cameron pastikan yang original dari Bharat atau Boh.Kalau yang murah-murah tu kebanyakkan teh diimport dari China.
8.Stay kat Taman Sedia kalau "nak bangun pagi terus  petik strawberry"..Setiap chalet kat sini ada kebun mereka sendiri....Stay kat Brinchang kalau nak jimat masa ke pasar malam.
9.Driver sila pastikan anda cukup rehat dan kenderaan dalam keadaan baik.
10.Enjoy the view....On mood happy tinggalkan stress kat umah...Happy holiday!


Sekian....bye....

Thursday, January 14, 2016

Bekal Eicha

Alhamdulillah hampir 2 minggu anak-anak ke sekolah.Hampir 2 minggu jugalah Naza gagahkan diri untuk bangun awal pagi siapkan bekalan untuk Evaleesya.
Menu simple-simple je macam bihun goreng, nasi goreng atau oglio olio.Kalau rajin sikit bolehlah buat nasi lemak tapi sambal akan dimasak malam sebelumnya.

Antara sebab Naza buat bekal :-
1.Jimat duit, sekali masak bukan dapat untuk Eicha je tapi untuk Daddy, Mommy dan Ryan pun dapat tapau gak. Boleh jimat RM10 sehari.Biasa kalau beli sarapan je berempat mesti lebih RM10.
2.Kebersihan - Mengelakkan keracunan makanan. 
3.Jimat masa rehat Eicha, dia tak perlu beratur ramai-ramai menunggu turn membeli makanan.Rehat 20 minit je takut nanti Eicha terkocoh-kocoh nak makan.
4.Duit poket boleh simpan dalam tabung.Dah penuh boleh beli apa yang dia nak =)
5.Yang penting,Eicha dapat merasa air tangan+kasih sayang seorang ibu..ecehhh....

bihun goreng+telur dadar+timun+tomato cherry

Nasi Lemak+ikan bilis+timun+tomato cherry

oglio olio+hotdog+apple

kuetiau+chickenball+tomato cherry+timun

mee goreng+telur dadar+tomato cherry+timun

air kotak+vitagen


sekian =)




Saturday, January 2, 2016

Perbelanjaan Sekolah Anak-anak

Tahun ni Eicha dah masuk Darjah 1 dan Ryan still dekat Prasekolah.

Bulan Disember ni memang memerlukan belanja lebih sikit sebab nak bayar yuran,beli buku,baju,kasut,bag sekolah dan sebagainya.

Cerita bab yuran sekolah,memandangkan anak-anak Naza bersekolah di sekolah kerajaan jadi kos yuran tak semahal sekolah/tadika swasta.

30hb Disember orientasi Eicha dan Ryan.Kami bayar yuran untuk PraSekolah termasuk buku dan pakaian RM134. Untuk Eicha,yuran Darjah 1 termasuk pakaian sukan 2pasang,PIBG dan lain-lain RM150.Buku sekolah RM90 (itupun banyak buku yang takde stok,kena beli 4hb nanti) 
Dan akhir sekali yuran sekolah Agama Eicha sebelah petang RM175.
Jadi jumlah untuk 2 orang RM549. Kalau hantar kat sekolah swasta kenalah sediakan at least RM1-2k seorang untuk byr enrol bagai...

List Perbelanjaan yang lain :-

Eicha
******
Bag Barbie Beroda : RM89.90
Baju Sekolah pagi 2pasang : RM124.80(Canggih)
Baju sekolah agama 2 pasang): RM75.80(beli kat hari-hari)
Tudung 3 helai +Anak tudung(beli kat hari-hari): RM25
Kasut 2 pasang : RM89.90(Company suami bagi voucher BATA RM30)
stoking : RM13.90
Inner 3helai :RM17.70
Stationery : RM50
Botol air : RM23.90
Tracksuit 2 pasang : RM35
underwear baru: RM35

Ryan
*****
Bag Ben10 free Botol air & bekas makanan :RM39.90
Stationery : RM40
Stoking :RM13.90
Kasut 2pasang : RM39.80
Tracksuit 2 pasang : RM25
Underwear baru : RM35

Tempah sticker nama untuk 2 orang kat pixajoy : RM21.80
Pembalut buku : RM16.70

Tu dia...ada lagi kot yang tak tersenarai....gedebak gedebuk mau kena sediakan RM1K untuk yuran+kelengkapan sekolah.Untuk kami RM1k tu belanja yang besar jugak.Tapi untuk anak-anak semuanya tak menjadi masalah.

Anak-anak inilah salah satu pengorbanan ibubapa kamu.Kamu cuma perlu belajar bersungguh-sungguh.Mudah-mudahan kamu akan berjaya didunia dan akhirat.