Followers

Thursday, November 26, 2015

Flora Kafe Ampwalk

Semalam Hari Lahir adik ipar dan mak mertua Naza.Tengahari tadi kami celebrate adik ipar dulu di Flora Cafe kat Ampwalk.

Flora Cafe menjadi pilihan sebab mengikut review orang ramai Flora Kafe ni cantik dan penuh bunga-bungaan. Dan ternyata memang deco Flora Kafe cantik sangat.

Untuk celebrate party macam biasa kena booking dulu.Ada macam-macam pakej untuk macam-macam occasion.Macam kami hanya call dan booking tempat duduk je,tak sempat nak booking untuk party sebab kami call less than 2 hours, so ala carte je.

1st sekali kena posing dulu depan Kafe.Itu WAJIB dan PENTING

Hokey,orang sibuk nak makan, kami sibuk bergambar......The Jakun In da House =)

2nd. Menu- Kalau korang tengok menu Flora Kafe memang tahap "rasa nak balik rumah,masak sendiri lagi bagus"  TAPI jangan balik selagi korang tak rasa. Walaupun menu nampak seperti kebanyakkan restoran lain, tapi kami semua happy dengan makanan yang disediakan.ADA RASA SEDAP.

Antara menu yang sempat Naza snap.Yang lain tak sempat nak snap dah kena ngap!
Chicken Chop.Ayamnya crispy bukan main.

Seafood Aglio Olio Naza punya. Lembab tak kering.Sedap sampai kulit-kulit udang aku telan.

Pisang Sira Dengan Aiskrim

Pisang Rebus Dengan Inti Kelapa. Orang kampung  macam kami memang suka dessert camni =)

Mee Udang.Kuah pekat....

Mee Bandung. Tak kedekut udang kering.

Apple asamboi & Watermelon Lemonade 

Birthday Girl meniup lilin..Happy 33rd Birthday Nana.
Siapa yang nak buat birthday atau apa-apa party yang memerlukan kek, kat depan Flora Kafe ada Secret Recipe,senang tak payah beli kat luar.

hahahaha background tak nampak macam makan kat Flora Kafe so daddy tampal tisu Flora Kafe agar nampak yang kitorang makan kat Flora..Hambek kau!!!

Madu aku......Redho je lah..BFF Encik Suami dari kecik sampai ke tua.

Anak buah+Sepupu+Adik Ipauu (pinjam view belon orang lain)

Bergambar dengan Tukang Sponsor.Tq Kak Ngah belanja kami semua...

Putihpepel.Sweet boleh fefeeling romantika


Untuk tempahan silalah call no kat bawah ni ye
012.2070166 / 012.6202505 (MEL) 017-3190203 (AZIZI) 

Pssssttt : Kat Ampwalk ni susah betul nak cari parking.Naza parking kat luar tu sekali kena saman dengan DBKL hampeihhhh...



1 comment:

Original One said...

Assalamualaikum.. jalan2.. hehe.. cantik blog.. follow me back ya.. :)