Followers

Sunday, November 22, 2015

Ayam Masak Gajus


Uols jom main masak-masak. Harini Naza masak menu simple je. Ayam Goreng Gajus Ala Thai gitu =)

Bahan-bahan (main agak-agak kuantitinya sebab Naza masak main campak-campak je)

Isi Ayam dipotong dadu 
Tepung Jagung+garam secukup rasa

Capsicum (dipotong kasar)
Kacang Buncis
Daun Limau Purut (2 helai)
Sebiji Bawang Besar dibelah 4
Bawang Putih 3ulas ditumbuk
Halia dihiris
Gajus (dipanggang atau digoreng bagi crunchy dulu,nak senang beli Gajus Tong Garden)
Sos Tiram
(kalau nak tambah carot dan baby corn pun boleh)

Kekdahnye =)

Basuh isi ayam toskan sekejap kemudian lumurkan dalam tepung jagung dan garam. Goreng sehingga garing, angkat toskan untuk buang lebihan minyak.Biarkan tepi....

Panaskan minyak tumis bawang putih,halia,cili kering dan daun limau, bila dah naik bau masukkan sos tiram.Kemudian bawang besar, kacang buncis,capsicum dan gajus.Akhirnya ayam yang digoreng tadi.Siap!

Malas masak tapi nak rasa menu ni, boleh ke RESTORAN PORMTIP THAI RESTAURANT di Bandar Sri Permaisuri Cheras..Sejak pertama kali Naza merasa menu ni dulu terus nak lagi dan lagi...



3 comments:

MILx HASHIM said...

SINGGAH PETANG (@_-) http://jmbelog.blogspot.my/

The Reluctant Shopper said...

Fulamak! Simple tapi gerenti sedap :D

aryan azra said...

sedap nampaknya tu..boleh dicuba nanti