Followers

Saturday, October 31, 2015

Masakan Padang

SARI RATU PRIMA di Desa Pandan.

Sari Ratu menyediakan pelbagai lauk-pauk antaranya :-


Ikan Nila-Ini favourite Ryan.Ryan panggil 'ikan bengkok'.Ikan talapia merah yang dibelah dua kemudian digoreng garing.Dihidangkan bersama kicap pedas sebagai pencicah.Memang umpphh..Kalau order seekor memang untuk Ryan saja.


Ayam Pop-Menu wajib kalau datang sini..Ini favourite aku.Ayam kampung goreng+daun pucuk ubi+kicap pedas..mabelessssss!!!


Gulai Tunjang- Encik Suami punya.Aku tak suka makan lauk berkuah selain asam pedas.So aku tak tau macamana rasa gulai ni.


Kerepek kentang-Kentang pedas untuk Evaleesya.Gemar sangat dia mengunyah benda ini.Kalau sampai kaunter lauk-pauk mesti dia dulu akan order kerepek kentang ni.


Rendang daging-Baru try, rasanya boleh tahanlah.Rendang mak aku lebih sedap..hehhee


Sambal merah dan hijau- sebagai penambah rasa.


Jus Alpulat-Jus avacado yang pekat berkrim.Kalau kat KL memang susah nak cari jus avacado.Salah satu tempat yang kompom ada jus avacado ni adalah di Sari Ratu.


Buah hati aku(En.Suami,Evaleesya & Ryan)


My beautiful mom in law


Bil...Biasa kalau kami makan empat beranak harga dalam seratus lebih.Kali ni kami bertujuh..Bab makan kami tak berkira sangat tapi bila pikir-pikir bab jus tembikai 2 jug kecil dia kira Rm79 tu rasa cam mahalnyeeeee...1 jug dia kira untuk 5org x 2 jug = 10 orang....urmmm

Anyway Tq En Suami...Semoga Allah memurahkan rezeki kita semua.Amin.....

Tuesday, October 20, 2015

Suka Sucre by FazleyYaakob

Sempena lastday En.Suami berkerja di SRP..Bigboss belanja makan kat sini

Kami pergi selepas office hour.Time sampai tak ramai orang pun sebab masa tu sepatutnya sukasucre nak tutup awal untuk satu private event..


Masuk-masuk je, dah rasa terpegun tahap jakun dengan interior dalaman bistro tu,Santai macam berada dalam rumah.....Pelayan pun sumpah peramah mesra alam..Senyum je,kalau masam mau aku blah ;)

Kat bawah ni antara menu dia...
Pasta Daging Salai Lemak Cili Api???
Pasta telur asin??? POLEK TAPI SODAPPPP!

Bila geng-geng pelahap macam kami sampai,semua kami try....Dari macaron,dino macaron,nyonya paris,eclairs,pasta, kids speggeti,pizza, semuanya kami rasa.

En.Suami makan French Butter Rice Chicken (katanya tekak orang melayu mesti nak cari nasi).

Dalam restoran tu kami buat perangai kampung,abis semua tempat kitorang bergambar.Sampai pelayan pun tolong ambilkan gambar kami.Hehehehe....

Tengah syok bergambar tup-tup muncul pulak 'Abang Asmara' aka Dato Fazley.. Serius dia tak sombong..(kalau sombong sumpah takmau datang lagi)Apa lagi mintaklah Dato Fazley bergambar dengan kami..Dalam sibuk-sibuk dia,sudi jugak dia meluangkan masa seminit dua dengan kami.Tq Dato......


Kanak-kanak ribena(Yuyun,Ayen &Eicha)



DatoFazley & Kami


Ishh budak-budak ni lagikkk


Aku & En Suami kekenyangan tahap ular sawa..



Kami & Nyonya Paris


Itu heavy duty meat pizza untuk aku je,orang lain tak boleh ambik... =p


Nikmatnya makan Nyonya Paris +Traffic Light Soda



Geng baju hitam


Pasta Daging Salai Masak lemak Cilipadi.MUST TRY!
(Gambar cedok kat ig Sukasucre)


Pasta Salted Egg


Macarons


(IG,Lokasi dan waktu beroperasi)

Korang yg dok dekat dengan Cheras bolelah try pergi Suka Sucre Bistro ye...

Sunday, October 18, 2015

Paris Van Java

》Throwback《
26-28 May 2012

1st time gi Bandung masa office trip SRP. Happy giler sebab tu pestime dapat naik katebang...Lagipun semuanya (tiket flight,hotel,makan,pemandu pelancong) ditanggung oleh company En Suami.

Oleh kerana staff-staff SRP hanya sepupu sepapat suami aku, jadi trip ni lebih kurang macam family trip.

Kitaorang pergi selama 3hari 2malam.Bertolak dari LCCT seawal 6.40pagi (waktu malaysia) dan smpai dalam pukul 8.05pagi (waktu di Bandung)

Troli untuk bag dan kanak-kanak.hehehe..



Senyum lebar Evaleesya dapat berjalan.



Menapak ke kapalterbang,lcct biasa ler kena jalan jauh....tapi sekarang kat klia2 lagi jauh wooo....hari masih gelap.





Jakunnya aku...almaklumlah 1st time...Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2jam 25minit. Sempatlah si Eicha dan Ayen tidur  


Day 1

Dah sampai di Husein Sastranegara Intl Airport,Bandung.Kat sana Ibuk Rani,tourist guide kami dah sedia menunggu dengan 1 bas mini dan 1 van.




Firstly,kami dibawa ke restoran yang menyediakan masakan padang(lupa plak namanya) tapi makanan memang mantop.Almaklumlah bila dah penat semua kelaparan.
Tu diaaa....diorang akan hidangkan lauk atas meja..Korang boleh makan apa yang korang suka.Kalau kita tak sentuh lauk kat situ, diorang takkan kira dalam bil.Tapi spesis kami semua ni kaki makan, takde satu pun yang tak disentuh.licin pinggan...hahahaha



Lepas makan kami check in kat Bukit Dago Hotel...Sejujurnya masa kami menginap disini rasa tak selesa,sempit tak sesuai untuk kami 4 beranak.Kata katil queen tapi tgk macam super single je.Terpaksalah En Suami tidur kat bawah katil.Hotel budgetlah katakan..Takpelah janji ada tempat berteduh.Sekarang ni tengok kat Agoda macam dah lawa sikit.Katil semua dah tukar kayu.
Hotel ni berhampiran dengan Dago Street Factory outlet.Kat situ ada macam-macam outlet seperti Grande,Polo Ralph Lauren,Jetset & The Secret.




Kat sini korang akan jumpa outlet-outlet jual pakaian,kasut,barangan kulit.Tu outlet rambo.Ada macam-macam lagi seperti aladdin,spiderman,batman etc...




Kat sini syurga handbag.Bagi yang suka hangbag berjenama terkenal boleh datang kemari tapi semua CIPLAK punya ye...Hermes Hello Kitty tu aku punya..Mak mertua aku hadiahkan untuk aku..Sekarang ni abis tercabut-cabut kulit-kulit dia.Dah namanya tiruan.....


Day 2 





Boleh jugak naik kuda padi..Kesian tengok kuda tu bawak aku.Nyesal plak naik...


Tengok kawah gunung berapi kat sini. Kat atas tu ramailah peniaga-peniaga menjual strawberry,souvenier,topeng,baju sejuk bagai.


Hahaha ni je gambar yang ada...Selain Amanda Brownies, Kat kartika Sari korang boleh beli brownies dan cookies yang sedap dan murah.
Tips: Kalau beli banyak boleh mintak diorang packkan dalam kotak agar senang nak dibawa naik kapalterbang

Anyway banyak tempat-tempat yang menarik kat Bandung.Ada beberapa tempat yang kami pergi tapi aku sempat snap gambar sebab kena jaga anak-anak aku.Almaklumlah kat sini terlalu ramai orang.Anak-anak kita kena diberi perhatian.

Kalau ke Bandung memang orang takkan miss pergi Pasar Baru.Kat situ boleh beli tshirt ala-ala I Love Bandung gitew.Kain-kain ela berlambak.Ada yang jual kain yang agak berkualiti dalam semeter RM3 je.Patutlah ramai kesini untuk dijual kat Malaysia.Kain lace lagilah cantik-cantik dan murah.Memang rambang mata.Gambar ni keadaan kat luar Pasar Baru.Masa ni kitorang tengah tunggu bas datang.Sesak lagi menyesakkan........

Kat bawah Pasar Baru,korang boleh beli jajan.Jajan yang paling aku suka adalah PISANG SALE.Must try!

Kalau nak cari jeans Levis Original murah di Bandung, bolehlah ke TOKO TIGA. Sempat aku grab 2 helai.Sehelai tu kalau convert to MYR kurang dari RM100.

3hari 2malam memang tak cukup.Ada beberapa tempat yang kami miss nak pergi seperti RUMAH MODE dan TRANSTUDIO..Nexttime ada rezeki bolehlah pergi lagi...

Day 3

Lastday nak balik.. Pose jap depan hotel..Nampak tak yang kat belakang yang tengah mencangkung tu???tu semua peniaga yang bakal mengejar korang dimana saja korang berada....


Terima Kasih Kak Ngah aka BigBoss kerana sponsor kami semua.


Kat airport,dah check in dan menunggu katebang sampai.Eicha dah kepenatan muka monyok je...


Tips semasa di Bandung.

1. Awasi anak anda setiap masa.Jangan leka bershopping.

2. Sediakan susu,air,roti,biskut dalam bag.Sebab seharian kita berada diluar.
3.Tak perlu bawa stroller kot sebab jalan kat sana sempit dan ramai orang.Kalau nak bawak baby carrier ok.

4. Jangan beli makanan atau minuman di tepi-tepi jalan.Bimbang sakit perut sebab pencemaran udara kat sana memang teruk.Dari segi kebersihan pun macam tak berapa nak best. Ada geng kami yang dogil gi makan kat luar-luar tu kena cirit-birit.

5.Kalau nak beli jajan-jajan silalah beli di convenience store sebab kalau beli kat tepi jalan,ada penjual ambik kesempatan menaikkan harga.Kami terkena beli air kotak 1 hampir RM10.

6.Kat sana ramai peniaga akan follow korang kemana-mana saja.Ada yang nampak begitu memaksa.Kalau tidak berminat beli,jangan layan.Bagi aku,mereka ni memang buat kita rasa tak selesa.Bayangkan diorang boleh follow kita sampai ke hotel...perghhh....Tapi nak buat macam mana diorang pun nak hidup,janji kerjanya halal.

7.Peniaga jual mainan....Taktik diorang, bagi anak-anak kita pegang mainan yang dorang jual..Budak-budak kalau dah pegang,memang taknak lepas.Macam kami terpaksa beli mainan bodoh dengan harga RM30.Tak sampai sejam dah patah.

8.Masa di Tangkuban Parahu,akan ada orang jual strawberry segar-segar dan manis-manis tapi jangan terpedaya...Manis tu datang dari gula tiruan.Sampai hotel dah jadi masam benyek .Bagi yang allergik mesti gatal tekak.Kalau nak membeli jugak aku tak paksa.Suggestion aku lebih baik korang pergi terus ke ladang strawberry dan petik sendiri.

9.Di Pasar Baru ramai pengamen/pemuzik.Kalau nak bagi tips tu jangan sampai pengamen yang lain nampak ye...Nanti yang lain dok serbu korang cam aku kena.." kak kenapa bagi dia saja,kenapa tidak bagi aku" kalau sorang dua oklah,kalo datang 10 orang?
huhhh...

10.Hati-hati dengan Pencopet...Dompet jangan letak kat poket belakang atau bagpack.

11.Ladies, tukar RUPIAH banyak-banyak...Kita berada di Heaven............hahahahaha..

Sekian.

Pssstt....Naza repeat gi Bandung+Jakarta dengan Parent Naza.Nanti akan aku ceritakan.