Followers

Friday, November 20, 2015

Graduation Day Prasekolah Eicha & Ryan

Hujung-hujung tahun memang semua sekolah akan buat Hari Anugerah dan Graduation.Tak ketinggalan disekolah Eicha & Ryan.Wahh omak dorang yang over excited macam anak-anak dapat sarjana di universiti.Padahal prasekolah je.hehehe....eh mak tak kisahlah pra atau tak..Janji dapat support anak....Nak tengok anak-anak buat persembahan Penguin Dance.Alahai serius comel tengok budak-budak tu menari terkedek-kedek.

Ryan paling depan.Leader konon padahal budak paling ketot memang kena duduk depan.hahaha

Tujuan utama majlis tu adalah untuk menyampaikan Anugerah untuk anak-anak yang berjaya dalam exam akhir tahun dan penyerahan sijil tamat Prasekolah.



Aqeel(anak sepupu daddy),Ryan & Eicha..Tahniah Aqeel dapat hadiah mata pelajaran sains terbaik.

Pernah tak korang fikir,budak-budak sekarang semakin pandai???Walaupun semua matapelajaran Eicha dapat A tapi still dapat no 6 dalam kelas.Persaingan macam ni buat Naza tak senang duduk memikirkan masa depan anak-anak.Kalau leka sedikit mesti anak akan ketinggalan dalam pelajaran.

Mungkin ada yang kata masih terlalu awal untuk kita fikirkan sebab anak-anak masih kecil dan masih ditahap Prasekolah.Kalau parent tak fikirkan dari awal,apakah nasib anak-anak kita nanti.

Tipulah kalau Naza kata tak jeles tengok anak orang lain berjaya.Lagi sedih bila Eicha tanya, mommy nape kawan yang lain dapat hadiah tapi kakak tak dapat.., jangan sedih kakak,kakak dah usaha cuma tiada rezeki. Apa yang perlu Naza lakukan terus beri semangat dan tingkatkan usaha bersama-sama anak-anak.
Berdoa mudah-mudahan Allah menenangkan dan menerangkan hati Eicha dan Ryan, Amin.....

*Takpe kakak tak dapat hadiah kat sekolah, mommy belikan hadiah untuk kakak dan Ryan balik nanti ye..(balik sekolah dorang claim barbie+hotwheel hokey, janji punya pasal,terpaksolah omak eh kono bolikan jugak...)

Kepada anak-anak yang berjaya dapat Anugerah setinggi-tinggi tahniah.Aunty Naza proud dengan uols.

Kepada cikgu Aifa & pembantunya Diyana, terima kasih kerana mendidik dan menjaga anak-anak saya disekolah.Jasa kalian tidak dapat kami balas, hanya Doa untuk kesejahteraan cikgu.
     





1 comment:

Nabila Syifa said...

wah..sekarang semua dah start cuti sekolah.seronok anak2 ya