Followers

Friday, January 9, 2015

Review:Digital Stainless Steel Kitchen Scale Lazada

Salam uols,

Semalam baru buat entry pasal barang lazada lambat sampai kan..Tup-tup pagi ni sampai 2 daripada 5 barang yang Naza order.Tanya budak courier tu, dia kata kalau barang besar dorang hantar guna lori, cam dia hantar barang kecil guna motor,tu yang cepat.Boleh pulak camtu? Sabar jelah...

Salah 1 barang yang Naza beli adalah Kitchen Scale,senanglah nak timbang tepung, gula, minyak dan sebagainya..Memudahkan kerja-kerja membaking.

Meh Naza kasi tunjuk sket..


Naza beli penimbang ni dengan harga RM35 free pos sebab total barang yang Naza beli melebih rm70 utk area lembah kelang.Korang boleh check kt lazada pasal hal-hal delivery charge dorang..harga ni kadang-kadang bertukar-tukar..Semalam Naza tengok benda yang sama harganya RM30 tapi harini RM35 balik.Nasib-nasib je kalo dapat hage murah..


Kitchen scale ni guna 2biji bateri AAA.Bateri tu dorang siap bagi dan leaflet.Boleh timbang berat sehingga 5kg.


Information yang korang boleh baca pasal produk tu.


Sizenya.Takdelah besar sangat cam dalam gambar kat lazada tu.Lebar tapak tangan je (180×140x18mm) dan sangat ringan.


Lcd display dan permukaan stainless steel.
Boleh sukat jumlah gram (g),mililiter (ml),ounce(oz),pounds (lb:oz)..

Nampak cam weight scale je kan tapi korang jangan plak suka-suka nak naik atas penimbang tu..Kang x pasal-pasal berkecai pulak penimbang tu...

1 benda yang Naza rasa tak puas hati bila rupa scale tak sama dengan pic yang diiklankan.Kat iklan tu ada tulisan ALPHA kat scale tapi yang Naza dapat just tulis SF-2012..Apakah???

Kalau uols berminat korang bolehlah order kat Lazada.Tapi harus ambik risiko barang lambat sampai atau sebagainya..

Sekian....

1 comment:

kay azlina said...

SF 2012 ni mahal.. sy beli kat luar harga dia RM 110.