Followers

Monday, January 12, 2015

Persiapan persekolahan 2015

Salam uols,

Wah esok start sekolah.Mommy pulak yang excited nak antar Eicha dan Ayen gi sekolah baru...

Tahun ni tahun ke 4 Eicha gi sekolah.Eicha start sekolah tadika masa umur dia 2 setengah tahun.Masa tu Eicha cam budak umur 4tahun.Masa Naza hantar Eicha ke tadika dulu,Eicha dah pandai makan sendiri dan gi toilet sendiri.Memang dia independent...Kalau ada budak-budak nanges kat sekolah, dia tukang pujuk..Mulut cam mak nenek.Tujuan masukkan dia tadika awal sebab nak dia ada kawan dan meringankan beban mak mertua yang jaga anak-anak Naza.(Naza nak hantar nurseri tapi dia tak bagi).Tahun ni kira umur Eicha dah 6tahun,

Ayen tahun ni tahun ke 2 dia bersekolah. Naza hantar dia ke tadika masa umur dia 4tahun sebab badan dia comel je dan dia tak independent macam Eicha.Semuanya nak mommy buatkan...

Tahun 2015, Naza hantar anak-anak ke PraSekolah kat SK Pandan Perdana KL.Mula-mula just daftarkan Eicha je.Tup-tup masa orientasi aritu cikgu dia bagitau ada 5 kekosongan lagi untuk budak umur 5tahun.Naza try tanya kot-kot Ayen boleh join,Alhamdullilah Ayen dapat masuk.Senang daddy nak hantar dan ambik...

Pasal persiapan cam korang jugak kot..Apa yang penting kasut sekolah, uniform, bag sekolah dan stationery.

Kami beli kasut sekolah kat tesco.Eicha cam biasa sibuk nak kasut sekolah dan stokin barbie..Yang si Ayen nak kasut spiderman tapi takde size pulak..Ada kasut diadora je,so rembat jelah janji stokin awak ada gambar spiderman....erm zaman sekarang macam-macam jenis kasut.Zaman Naza dulu pakai kasut bata dan stokin RM2
je.

Beg sekolah tahun ni recycle je beg tahun-tahun lepas.Beg sekolah dorang masih elok lagi walaupun dah 3tahun menggunakannya.So takyah membazir beli-beli baru.Aritu sebelum cuti sekolah cikgu dorang ada bagi beg untuk Ayen(Ben10) dan Eicha(barbie)..Tup2 masa Naza nak masukkan buku dorang dalam beg tu, boleh pulak zip bag tercabut, ermm malas pikir nak beli baru,pakai beg lama je...beg lama lagi tahan,hage pun boleh tahan,huhuhu...

Uniform Prasekolah kat SK Pandan Perdana warna purple..Tahun ni Eicha bertudung.Haha mesti cute anak mommy..

Stationery just beli pencilbox dan kaler baru je..yang lain semua pakai apa yang ada.
Botol air pun pakai yang tahun lepas punya..

Cam sekolah tadika lain...Baju dan seluar spare, berus dan ubat gigi dan tuala mesti kena bekalkan kat anak-anak.Kot-kot dorang terkencing terberak dalam seluar, ada baju spare kan senang...Berus dan ubat gigi untuk aktiviti memberus gigi nanti..semua cikgu dah bagi list...kita as parent sediakan jelah...

Boleh dikatakan tahun banyak berjimat sebab banyak benda yang dah ada dan masih elok untuk digunakan.Buku-buku sekolah pun Naza dah siap balut.

Hopefully esok masing-masing tak liat bangun.Done........



"EVALEESYA RAIHANNA BINTI SAIFUL EZANI DAN
DUBEIS RYAN ISQANDAR BIN SAIFUL EZANI dengar pesan mommy Belajar rajin-rajin ye sayang.Kita kalau takde ilmu nanti susah.Mommy taknak anak-anak mommy jadi macam mommy, dulu mommy malas belajar, mommy masuk U tapi mommy lari balik umh nenek korang sebab taknak duk jauh,sudahnya mommy menyesal..."

No comments: