Followers

Saturday, January 10, 2015

Resepi: My superduper Kek Sarang Semut

Salam uols,

Cuti-cuti ni meh kita merajinkan diri dengan membaking.Naza nak bagi resepi kuih zaman- berzaman iaitu kek sarang semut...Specialnya kek sarang semut ni,dia sangat moist, lembab sangat dan shedapp...Anak-anak suka sangat.

Paling best uols tak perlu pakai mixer pun.







Resepi:

Bahan A
====================
2cawan gula
2cawan air panas
2sudu besar butter/mentega

Caranya :
====================
Masak gula dalam pan dengan api sederhana sehingga gula cair dan nampak warna keemasan.Selepas tu dengan hati-hati masukkan air panas.Awas! Awalnya gula tu akan meletup-letup selepas bercampur dengan air.Masukkan butter kacau sehingga semua larut.Tutup api biarkan air gula hangus tu sejuk.

Bahan B :
==================
8 biji telur A
1 tin susu pekat
2cawan tepung gandum
4sudu teh soda bikarbonat
2sudu teh baking powder
1sudu besar serbuk koko
2sudu teh esen vanila

Caranya:
==================
Satukan tepung, serbuk koko, soda bokarbonat dan baking powder dan ayak.
Pukul telur, tak perlu kembang sangat asalkan kuning dan putihnya sebati.Guna spatula pun boleh.Masukkan susu pekat.Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah diayak.Lastly masukkan air gula hangus dan esen vanila kacau sehinga sebati.

Naza tapis adunan masuk dalam periuk/bekas then tutup rapat.Biarkan selama 4jam.Selepas 4jam Naza masukkan adunan dalam layang yang dah siap disapu dengan majerin.Pastikan letak baking paper kat dasar loyang agar senang nak keluarkan kek tu nanti.

Bakar pada suhu oven 150° bakar 45minit api bawah kemudian 15minit api atas.Masa membakar ni kadang-kadang ambik masa lebih lama sket depend pada oven korang so pepandai pantau ye.

Setelah keluarkan dari oven,sejukkan dulu baru keluarkan dari loyang dan potong.

Selamat mencuba ye..

1 comment:

Roziah Muhammad @ Cie said...

My favourite nih. Selalu nak makan beli je. Pernah sekali tuh beli keras. Tapi makan jugak la dah macam bingka. Hihi.