Followers

Tuesday, December 15, 2015

Zumba

Sejak mendaftarkan diri ke pusat fitness maka rajinlah hakak menjoinkan diri dengan Zumba.Untuk beginner cam Naza memang huru-hara rasanya tapi seronok.
Zumba kat rockafella akan diadakan setiap hari isnin-jumaat pukul 8.30malam-9.30malam.Sabtu pukul 4.30pm dan Ahad,cuti takde zumba.
Setiap hari akan ada Zin(Zumba instructor network) yang berbeza.So kita tak bosan kalau hari-ari orang yang sama je yang ngajo kita.....Kena Zin yang ajar step untuk beginner cam Naza kira ok sangat.Kalau jenis yang dorang budget kita dah pandai tu yang huru hara sket..
Selain Zumba ada piloxing.Tadi baru je try,ala-ala boxing gitu.Naza main follow je,perghh kejang peha......Nak kurus punya pasal redha jelah.
Mudah-mudahan dapatlah berat ideal.Sekarang ni kalau tengok badan sendiri pun rasa nak menjerit.Huhuhu....

Thursday, December 10, 2015

Rockafella Fitness Ampang

Sejak kami semua kat opis dah perasan badan masing-masing macam tong dram, mulalah timbul kesedaran nak kurus semula. Mula-mula plan nak jogging je kat Tasik Pandan Perdana tapi memandangkan hujan lebat, aku ajak geng-geng gi gym. Gym berhampiran kami dekat dengan Tesco Ampang, Rockafella Fitness.

Kami pilih gym ni sebab dekat dan yang penting section untuk lelaki dan perempuan diasingkan.Jadi takde lah segan kami nanti.

Membership kami ladyboss yang banje...hehehehe =) Promosi hujung tahun hanya RM80 (biasa RM100) sebulan tapi kena langgan 3bulan terus, so RM240 untuk seorang. Boleh join zumba bagai secara percuma.Kalau taknak jadi member boleh walk in RM5 tapi kalau nak join zumba kena bayar RM10.

membercard

towel pink tu dapat free tapi Tshirt kena beli ye... RM29 sehelai (tp Naza beli RM25,dapat diskaun sebab join ahli)

Tqlah kepada Owner, En Ubaidillah dan isteri Pn Rohani sangat membantu dan beri penarangan kepada kami semua yang baru nak mula ni. Mesra pelanggan barulah kami semua selesa. Jeles tengok badan Kak Ani solid molid je walaupun dah beranak 5...Mak ni baru beranak dua tapi 
Hopefully 3 bulan lagi dapatlah body cam kak Ani =)

Sekian



Wednesday, December 9, 2015

Kenduri Kahwin Adik-Adik Ipar.

Alhamdullilah, Ahad lepas selesai majlis perkahwinan adik-adik ipar Naza.Majlis pihak lelaki yang berlangsung di Dewan Masjid Putra Nilai sangat meriah dengan kehadiran saudara-mara & kawan-kawan.
Walaupun menggunakan khidmat katering tapi MasyaAllah penatnya sampai tahap tidur takmo bangun. Naza ditugaskan mengedarkan buahtangan kepada tetamu je tapi 1 dewan mak merayau hokayy...Penat yang menghappykan =)

Meh banje sket gambar pengantin..
Saiful Sazlan & Radin Nur Izzati

Saiful Khuzairi & Nur Izzati

SugarRush...Ryan+Mika+Umar...\
Budak-budak ni dari subuh sampai ke tengahmalam asyik serbu candy booth kami je tu pasal 24jam aktif....

Eicha& Kakak Yuyun 

Family
dari kiri kakak No2,Emak,Baba dan Mak Mertua Naza 

The Saudara


The Pelamin.Tengok anak Mak Jemah posing,Bukan main lagik,,,Lolipop tak lepas!

Gift pesen sekarang.Bagi sorang sebotol kacang.Tuan rumah duduk-duduk sambil mengunyah kacang.Tempah sebotol RM2.00

Gift untuk tetamu pihak perempuan.Tak tempah buat sendiri je.Yang ni biras sulung Naza yang buat.200pcs dia dok hadap sorang dengan nak jaga anak-anak kecik dia lagi...fuhhh gigih sungguh Kak Ija.....Cantik sangat dan jimat banyak =)

Gift untuk kanak-kanak dalam tu ada candy

Separuh dari ahli keluargakami..En Suami bz kat luar so pic xde dalam ni.

Bagpipe...Ini minat En Suami dan adik-adik dia dari dulu.Masa kami kawen dulu pun panggil bagpipe je.


Candyshop kami.Takde tempah-tempah just buat sendiri.Cari bahan-bahan hiasan kat Kaison je.

Ni pun biras Naza yang buat...Nasib baik lag tangan teror menconteng.Kalau kena tulisan Naza, hancusssss..Blackboard ni beli kat IKEA je.

props..Vespa sebab adik ipar aku yang bongsu peminat Vespa.

Sekian.

Pesanan untuk Pengantin:-
Lan & Adik semoga korang jadi suami yang bertanggungjawab dan penyayang.Mendidik isteri-isteri korang ke jalan Allah.
Izzati-Izzati yang pretty.Semoga menjadi isteri solehah,stay pretty and stay kurus ye lalings =)Jangan jadi macam kakak ko ni..hehehehhe


Thursday, December 3, 2015

Saba Cyberjaya

Salam semua,

Teringin nak makan nasi arab sedap? Meh try makan kat Restoran SABA Cyberjaya.Betul-betul sebelah DPulse shopping centre.Kalau nak dekat dengan KL ada 1 lagi cawangan kat Jalan Jelatek.


SABA Restoran  ni memang tempat favourite kami sekeluarga.


Sebelum datang please call untuk booking tempat.Takut nasib tak baik, takde tempat duduk sebab SABA Restoran kat Cyberjaya ni memang selalu penuh.Kalau datang lewat  malam sket pun banyak menu yang dah habis.

Moh ler layan menu-menu di SABA Restoran  



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

The Clan


Beef Mogalgal

Lamb Mandi,1 pinggan ni cukup untuk 2-3 orang.Kalau datang restoran arab,baik SABA, hadramawt atau pun ArRawsha tak payah order sorang 1 pinggan, nanti jenuh nak menghabiskan.Plate besar tu....Kalau tak minat dengan Lamb boleh order chicken mandi...Anak-anak Naza boleh makan nasi dia je tanpa lauk.Nasi dia sangat sedap.

Ini favorite hakakkkk...Mulawah bread,1 ni cukup untuk 2-3 orang.Kalau makan dengan Naza cukup untuk berdua je. Cicah dengan beef mogalgal tadi

ni Fasolya rasanya(lupa plak namanya).Ada daging kambing dan telur dadar.Makan dengan roti mulawah tadi memang umphhhh....

Adani Teapot

Naza dengan budak bijak mulut cam orangtua,Zara.

Our princesses

Mak Mertuaku...Happy Birthday Mak,Semoga Allah melindungi mak setiap hari,Amin.

Sekian.



Wednesday, December 2, 2015

Disember

Ada apa dengan Disember?

1.Cuti Sekolah
2.Gi Holiday 
3.Maulud Nabi (24.12.15)
4.Xmas
5.Hujan
6.Beli barang-barang sekolah
7.Bonus
8.Sale
9.Kenduri Kawen
10........

Apa lagi yang ada dibulan Disember ni??Cer komen sket..