Followers

Monday, March 19, 2018

Guilin - Part 1

Assalamualaikum....lama betul tak update blog..Dah bersarang lelabah gamaknya...Mailah update sket..nak update pun cite lama2 je..More to pengalaman travel ke Guilin,Ho Chi Minh & Bali.Tapi untuk harini kita story pasal Guilin dulu.
*********************************************************************************

Berpeluang ke salah satu tempat tercantik didunia memang takkan kami lepaskan.Dengan kos tiket Airasia yang agak berbaloi maka kami sekeluarga berdedai-dedai terbang ke Guilin, China.Memandangkan kami travel 28 orang kami perlu menggunakan travel agent untuk menguruskan bas,hotel dan makan.Kami pilih Wan dari selamatbercuti.com.

Day 1
Flight dari KLIA2 ke Liangjiang Intl Airport mengambil masa lebih kurang 3jam 50minit.Dept pkl 5.55am(kl)  arrived 9.50am(Guilin)..Masa Guilin cepat sejam.Kami dah siap makan dalam flight so sampai Guilin boleh terus buat aktiviti pertama.

Passport jangan lupa.Oleh kerana kami pergi beramai-ramai maka guna visa berkumpulan yang agent dah siap-siap buatkan.

Mak-mak budak kalau bab berjalan selalu semangat.Kami travel bersama sejak 2009 sehingga kini.Sepupu sepapat suami.

 Lecehnya urusan imigresen kat airport ni bila sorang pegawai pun tak pandai english.Bercakap macam itik dan ayam.Ni pulak 1st time si Wan handle trip ke Guilin so dia pun agak terpinga-pinga.Mujur ada agent group lain dari Malaysia yang tolong kami.Settled masalah. 

Cuaca Guilin pada awal March macam kat Cameron Highlands saje.Cuma angin kuat buat bertambah dingin.Kalau nak lebih sejuk boleh datang bulan Dec-Jan.Guilin pada musim sejuk tiada salji.Yang ada kat kawasan pergunungan saja.

Sampai airport kami disambut oleh tourist guide kami, Pak Yang...orang tempatan yang fasih berbahasa Indonesia.Naik bas persiaran terus pergi melawat Fubo Elephant Trunk Hill.

Sekarang korang nampakkan..Thats why mereka panggil tempat ni as elephant hill.Korang boleh juga naik rakit menyusuri sungai untuk pergi lebih dekat ke bukit tu.Kami tak naik rakit tu sebab cam tak selamat je.....Dengan anak-anak kecik yang takleh duduk diam...ermmm xpelah...

Pintu masuk





Kat sini juga ada taman.Ada pokok sakura.Kami tak lama disini.Lepas snap beberapa pictures kami gerak untuk lunch.


 
View sepanjang perjalanan.

Lunch @ Endian Halal Restaurant
Kat sini sebenarnya ada beberapa restoran halal kat area ini tapi tak semua boleh menampung pelanggan yang ramai dalam satu masa.Lagipun Endian restoran  ni memang famous dikalangan pelancong-pelancong Malaysia...Aku fikirkan aku akan kebuluran kat sini,ternyata sangkaan aku meleset..Makanan kt sini sedap giler..


 Kat sini janganlah harap korang nak diet..Dengan penat tambah lapar, lauk pauk plak banyak dan sedap, memang ke laut diet korang...

Lepas lunch kami terus ke hotel JinShuiWan International Hotel.Hotel lengkap heater dan selesa.Rehat mandi solat then siap untuk dinner di Endian Halal Food semula.




Dinner


Jangan lupa tinggalkan jejak..Lepas dinner, kami jalan kaki saja gi pasar malam berhampiran restoran. 










Kat sini korang boleh cari souvenier.Silalah tawar menawar guna calculator.
Tak payahlah cakap omputeh sangat sebab majority semua tak faham english even basic english. Ko minta tawar nanti dia asyik cakap "No Money!No Money!"..Stress mak....After shopping balik hotel rehat untuk perjalanan esok pagi.


Tip :
1.Bawak botol mineral sendiri bila ke toilet. Dalam toilet takde bidet.
2.Adapter jangan lupa...Cam aku tak lupa dengan adapter tapi still degil nak cucuk gak plug charger tanpa adapter sudahnya pommmmm trus blackout.Panggil orang maintenance,aku salahkan kettle dorang yang rosak.hikhikhik takut kena ganti.
3.Jangan tumpahkan apa-apa kat atas katil walaupun minyak baby kalau nasib tak baik nanti kena bayar.
4.Hati-hati dengan duit palsu.