Followers

Sunday, December 20, 2015

Starwars-The Force Awakens

Daddy : Mommy malam nanti kita bawak budak-budak gi tengok Starwars nak tak??cuba tengok online ada tiket lagi tak?
Berdessuppp aku on laptop...Terus booking tiket kat TGV 1Shamelin pukul 8 malam nanti..
Naza : Ok done daddy, bak balik duit mommy RM52 hengget...hahahahaha...

Gila lama bebeno menunggu movie ni.Dari zaman aku kecik-kecik sampailah anak-anak aku sendiri pun melayan cite ni.Mana leh lepas..

Sampai tgv ngam-ngam pukul 8.Dah lambat bertambah lambat...Time tulah En Suami tertinggal hp dalam kereta lah,nak gi toilet lah.stress mak..nasib baik tak terlepas ...Ingatkan ramai orang rupanya banyak kosong tempat duduk.Mungkin sebab Tgv banyak bukak hall untuk Starwars.Setiap 15minit ada tayangan...Kalau tau takyah beli online..Rugi je booking online kena bayar rm2 tau...hahahha

Antara watak-watak The Force Awakens uols akan kenal dengan:-

1.Finn - stormtrooper yang baik.Lari dari geng First Order(darkside).Tolong Poe melepaskan diri dari Kylo Ren.Fin kemudian jadi bestfriend Rey.

2.Kylo Ren/Ben ialah anak Leia&Han Solo yang ikut jejak atuk dia si Darth Vader.Nanti adalah babak yang menyedihkan antara Leia&HanSolo dan anaknya.Nak pujuk anak dia jadi baik semula.

3.Rey- Boleh dikatakan dia heroin dalam cerita ni.Dia ditinggalkan keluarga sejak kecil tapi bijak dan mempunyai kekuatan yang luar biasa.Seorang juruterbang yang baik.

4.Luke Skywalker-akan muncul dia akhir cerita...Luke bersembunyi disuatu tempat rahsia setelah gagal melatih Kylo Ren menjadi jedi.Geng-geng darkside cari Luke sebab nak bunuh Luke...Luke satu-satunya Jedi yang tinggal.Sementara Leia (Geng Rebel Alliance) juga mencari kembarnya, Luke.

5.BB 8 -Droid baru yang menyimpan peta rahsia tempat persembuyian Luke,maka BB8 ni menjadi buruan geng First Order.

6.Snoke - ntah alienworkshop mana dorang kutip jadi pelakon...hahahaha....Dia ketua geng First Order.Dia yang hasut Ben jadi jahat.Dia lebih senior dari Darth sidious(Palpatine) kot.

Starwars macam biasalah ending mesti tergantung sebab ada sambungan.

Hopefully sambungan nanti akan cerita Perkahwinan Leia&Hansolo.Luke kawen dengan siapa?siapa Rey?aku rasa Rey ni kembar si Kylo Ren,anak HanSolo&Liea atau anak Luke.Kalau ikut cite kartun Luke ada anak lelaki sorang je....Pastu macam mana Ben boleh bertukar jadi Kylo Ren yang jahat.Tak sabar, tak sabar nak menunggu lagi......

Cerita ni enjoy..Hakak bagi 1001 bintang....

P/s: aku ni bkn arif sgt pasal starwars tapi memang semua movie dia aku tengok dari episod I sampai VI.Kalau salah cite mintak mahaplah ye...

Meh banje gambar sket
Nampak tak tshirt starwars Eicha tu?itu kepunyaan En Suami hokey..turun temurun..

Dah startttt...sempat snap.

Tak sampai sejam,member dah tido.Sampai balik rumah still tido.Mengantuk sangat sebab petang tadi dia mandi kat swimmimg pool tak ingat dunia..

Taraaaa.Eicha punya C3PO dan Ryan dapat R2. Eicha sebenarnya nak Stormtrooper tapi sayang dah habis.1set RM22.90 dapat 1 regular popcorn,1 softdrink dan 1 keychain plush starwars ni.Kami beli 2 set u tuk dapatkan 2 keychain.
Kalau nak beli semua pun boleh, harganya hamya RM80henggetttt untuk member tgv dan rm90 untuk bukan member.

Sekia.



4 comments:

sofie adie said...

Tetiba rasa macam nak follow cerita ni, walaupun tak pernah tengok...

Naza Raman said...

Try lah tengok mmg best

eddy ipoh said...

anak dah nak pergi tengok... tapi bapaknya tak bawa2 lagi

Akim said...

Cambest je.. boleh tengok dengan sepupu krismas nanti.. ehehe