Followers

Tuesday, February 9, 2016

Mee Bodoh

Tak pasal-pasal mee kena bodoh.hehehe..
Kalau datang Melaka bolehlah gi sarapan kat kedai mee bodoh/Hassan mee goreng dekat Tengkera.Kedai makan ni dah lama kot sejak zaman Naza sekolah sampai sekarang masih ramai orang datang.
 Mana dapat nama mee bodoh mungkin sebab rupanya kot.

Inilah rupa mee nya...Simple je mee,taugeh,sambal dan timun.Biasa makan dengan kicap dan cuka.Minyak-minyak tu wajib hado tu yang wat sedap...hahahaha sepinggan tanpa telur RM1.50 je

Tak lengkap makan mee bodoh tanpa telur goreng goyang (kuning cair).Untuk dapatkan telur ni korang kena beratur ye.

Make sure korang makan sorang dua pinggan.Macam Naza sepinggan je tak cukup sebab sikit...Kalau nak diet makan jelah sepinggan.

Kedai ni hari-hari ramai orang kecuali Jumaat dorang cuti/tutup kedai.Kedai dibuka pukul 8pagi sampai mee habis.Biasa Naza sampai dalam pukul 9pagi memang meja dah penuh lebih-lebih lagi weekend.Kena tunggu turn orang makan.Takpe tunggu je... korang takkan kecewa sebab benda sedap menanti....

Kalau datang sebelah petang korang boleh try gi makan kat mee sup gian Tengkera yang pemes amos tu.Owner pun suku sakat mee bodoh gak...Lokasi pun berhampiran je...

Datang Melaka ingat mee bodoh dan mee sup gian Tengkera ye..

Pstt....Kalau dah habis makan tu silalah ingat-ingat orang yang sedang menunggu turn nak makan ye.Kalau boleh janganlah lama-lama lepak kat situ kesian orang berdiri menunggu.

Lagi satu, KORANG TAKKAN BODOH JIKA MEMAKAN MEE NI..KALAU BODOH TU BUKAN SALAH MEE TAPI....... =/

Sekian.

#Bila makan kat sini mesti teringat kat cikgu matematik aku sebab kedai ni family dia yang punya.




5 comments:

Zurainny Ismail said...

Wow, ramainya org! Kalau pjg umur & murah rezeki nanti, kami akan try mee bodoh dan mee sup gian Tengkera bila d Melaka.

Mummy Julia said...

hahahah.. sampai jugak makan Mee Bodoh ni ea..kikiki

Mummy Julia said...

KORANG TAKKAN BODOH JIKA MEMAKAN MEE NI..KALAU BODOH TU BUKAN SALAH MEE TAPI....... =/ .. yg memang Win.. tapi mummy jarang makan sampai dua pinggan, selalu 1 pinggan je.. sbb minyak berlinang-linang..ahhahaa

Anonymous said...

men's nike dunk low halloween
brown nike air max 95
best nike dunk low colorways

Anonymous said...

nike dunk low retro se lottery
nike air force 1 rose
air jordan 1 low royal blue