Ahad lepas birthday Umar Nafis(nephew) yang ke 2. Mama Umar sudah share 1 picture Umar makan sesuatu yang nampak begitu yum yum.Shinjuku namanya,menu baru kat Secret Recipe....Tengok macam kek+aiskrim biasa je.Katanya sedap shangatt..Picture si Umar tu membuatkan Naza tak lena tidur malam memikirkan Shinjuku yang sedap.hehehe =)
Umar' Nafis yang punya!Nyumnyum...Anyway,Happy birthday sayang,semoga Umar membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh,Amin.
Isnin,masuk office,Nana adik ipar Naza dok cerita pasal Shinjuku...stress mak rasa cam nak gi Secret Recipe time tu gak tapi seriously Naza malas nak keluar=) Tengahari, Myra my lebeeelyy biras sudah share picture Shinjuku yang ditapau makan kat rumah..Meleleh air liur nengokkan..Naza pun whatsapp En Suami tapi dia kata esok aje sebab dia penat,baiklah huhuhuhu......
Myra's= Shinjuku Chocolate bake & Shinjuku Caramel Bake
Selasa, Nana share picture shinjuku yang dia tapau malam tadi
Nana's = Shinjuku Caramel Bake & Shinjuku Nutella Bake
Hokey mak tak bley tahan apa pun jadi nak Shinjuku harini jugak!!!!Whatsapp En Suami ajak lunch tapi dia ada meeting takut tak sempat.Lastly kami pergi balik kerja.
Sampai Secret Recipe Tesco Ampang terus tanya kat budak kaunter, Shinjuku ada lagi tak?Alhamdullilah ada....
Naza risau habis sebab malam ahad lepas,Nana nak beli tapi dah sold out...
Naza order 2 jenis :-
Shinjuku Caramel Bake
♡ Butter cake yang crispy diluar tapi lembut didalam.Dilimpahi dengan sos caramel dan ditaburi dengan kacang macadamia.2 scoop aiskrim vanilla dan whipped cream.
Shinjuku Nutella Bake
♡Kek butter seperti diatas dengan sos nutella dan taburan kacang hazelnut. 2 Scoop aiskrim vanilla dan whipped cream.
☆ Masa nak siap lebih kurang 15minit.
☆ Harga 1set RM13.(alamak tak ingat ada 90sen or tak)
Ryan memang tak suka kalau ada kekacang.Jadi dia order Tiramisu Cake 1 slice.
Eva &Ryan as always...Spegetti chickenball.
En Suami, mula-mula dia kata cam biasa je.Lastly dia tukang habiskan semua=)
Korang kalau nak try bolehlah gi Secret Recipe.Dengar-dengar ni menu bermusim tak selalu ada.
Sekian
No comments:
Post a Comment