Followers

Monday, November 2, 2015

Nasi Lemak Che Chom

Kalau datang Batu Pahat must try Nasi Lemak Che Chom yang dah viral di Facebook.

Kebetulan masa majlis pernikahan adik ipar Naza di Batu Pahat, kami berkesempatan merasa nasi lemak Sotong King yang dicanang-canang sedap ni.

Adik ipar bungkuskan dan kami makan kat homestay je.

1st time tengok sotong goreng yang MashaAllah,besarnya....Seorang dpat seekor sotong.Pada Naza seekor tu boleh kongsi 2 orang kot.




Kat gambar ni nampak macam kecil sikit sotong tu tapi sebenarnya boleh tahan besar.. Harganya hanya RM10.Naza rasa dah murah sangat.Kalau kat KL memang tak dapat harga tu kot.Kalau ada share ye,boleh try ;)

☆Sotong goreng tepung rasa agak kenyal.
☆Sambal kalau bungkus diasingkan dalam pek plastik kecil.Kalau korang suka makan sambal boleh minta 2pek sambal sebab 1 tu Naza makan rasa tak cukup.
☆Nasi lemak 2 color super sedap! Tidak terlalu berlemak.
☆Ulam selalu kita dapat timun tapi nasi lemak Che Chom korang akan dapat hirisan epal hijau.

Alhamdullilah akhirnya dapat kami merasa.Terima kasih kepada adik ipar kerana menaja makan malam kami dengan Nasi Lemak Che Chom.

No comments: