Followers

Sunday, December 20, 2015

Starwars-The Force Awakens

Daddy : Mommy malam nanti kita bawak budak-budak gi tengok Starwars nak tak??cuba tengok online ada tiket lagi tak?
Berdessuppp aku on laptop...Terus booking tiket kat TGV 1Shamelin pukul 8 malam nanti..
Naza : Ok done daddy, bak balik duit mommy RM52 hengget...hahahahaha...

Gila lama bebeno menunggu movie ni.Dari zaman aku kecik-kecik sampailah anak-anak aku sendiri pun melayan cite ni.Mana leh lepas..

Sampai tgv ngam-ngam pukul 8.Dah lambat bertambah lambat...Time tulah En Suami tertinggal hp dalam kereta lah,nak gi toilet lah.stress mak..nasib baik tak terlepas ...Ingatkan ramai orang rupanya banyak kosong tempat duduk.Mungkin sebab Tgv banyak bukak hall untuk Starwars.Setiap 15minit ada tayangan...Kalau tau takyah beli online..Rugi je booking online kena bayar rm2 tau...hahahha

Antara watak-watak The Force Awakens uols akan kenal dengan:-

1.Finn - stormtrooper yang baik.Lari dari geng First Order(darkside).Tolong Poe melepaskan diri dari Kylo Ren.Fin kemudian jadi bestfriend Rey.

2.Kylo Ren/Ben ialah anak Leia&Han Solo yang ikut jejak atuk dia si Darth Vader.Nanti adalah babak yang menyedihkan antara Leia&HanSolo dan anaknya.Nak pujuk anak dia jadi baik semula.

3.Rey- Boleh dikatakan dia heroin dalam cerita ni.Dia ditinggalkan keluarga sejak kecil tapi bijak dan mempunyai kekuatan yang luar biasa.Seorang juruterbang yang baik.

4.Luke Skywalker-akan muncul dia akhir cerita...Luke bersembunyi disuatu tempat rahsia setelah gagal melatih Kylo Ren menjadi jedi.Geng-geng darkside cari Luke sebab nak bunuh Luke...Luke satu-satunya Jedi yang tinggal.Sementara Leia (Geng Rebel Alliance) juga mencari kembarnya, Luke.

5.BB 8 -Droid baru yang menyimpan peta rahsia tempat persembuyian Luke,maka BB8 ni menjadi buruan geng First Order.

6.Snoke - ntah alienworkshop mana dorang kutip jadi pelakon...hahahaha....Dia ketua geng First Order.Dia yang hasut Ben jadi jahat.Dia lebih senior dari Darth sidious(Palpatine) kot.

Starwars macam biasalah ending mesti tergantung sebab ada sambungan.

Hopefully sambungan nanti akan cerita Perkahwinan Leia&Hansolo.Luke kawen dengan siapa?siapa Rey?aku rasa Rey ni kembar si Kylo Ren,anak HanSolo&Liea atau anak Luke.Kalau ikut cite kartun Luke ada anak lelaki sorang je....Pastu macam mana Ben boleh bertukar jadi Kylo Ren yang jahat.Tak sabar, tak sabar nak menunggu lagi......

Cerita ni enjoy..Hakak bagi 1001 bintang....

P/s: aku ni bkn arif sgt pasal starwars tapi memang semua movie dia aku tengok dari episod I sampai VI.Kalau salah cite mintak mahaplah ye...

Meh banje gambar sket
Nampak tak tshirt starwars Eicha tu?itu kepunyaan En Suami hokey..turun temurun..

Dah startttt...sempat snap.

Tak sampai sejam,member dah tido.Sampai balik rumah still tido.Mengantuk sangat sebab petang tadi dia mandi kat swimmimg pool tak ingat dunia..

Taraaaa.Eicha punya C3PO dan Ryan dapat R2. Eicha sebenarnya nak Stormtrooper tapi sayang dah habis.1set RM22.90 dapat 1 regular popcorn,1 softdrink dan 1 keychain plush starwars ni.Kami beli 2 set u tuk dapatkan 2 keychain.
Kalau nak beli semua pun boleh, harganya hamya RM80henggetttt untuk member tgv dan rm90 untuk bukan member.

Sekia.



Tuesday, December 15, 2015

Restoran Adam Lai, Abby Yus

Restoran Adam Lai kat Wangsa Melawati.Secara tak sengaja kami kesini setelah hajat nak makan di Restoran Fishke tak kesampaian sebab Fishke tutup.Pening nak cari kedai makan, lama-lama En Suami suggest gi makan kat Restoran Adam Lai ni.

Awalnya kami tak tahu pun ni restoran si Abby Yus.Masa nak masuk restoran ni pun rasa macam nak cari kedai lain je sebab anggapan restoran ni mesti tak best sebab takde orang pun yang makan kat situ.Siaplah suruh En Suami masuk dalam kereta balik.hehehhe

Bila masuk je restoran ni nampaklah gambar-gambar Abby Yus.Kat situ dah dapat agak ni restoran Abby Yus.Eh lama-lama mulalah ramai orang datang sampai full restoran.

Restoran ni menyediakan masakan cina muslim.Lauk pauk sangat sedap.Meh belanja gambar jap.



Nampak tak??Nampak tak?Takde orang pun masa memula kami sampai...

Parent Naza.Semoga Allah melindungi orangtuaku selalu,Amin.

Tomyam & Baby Kailan.Sedap!

Air milo tabur.Kat mana-mana pun hado =)

Daging Sizzling, Sedap!!!


Kah Heong Crab-Ketam masak kicap pedas.Pergh ketam memang peberet Naza ye uols.Hakak boleh hadap sorang je=)

Licin..hakak bagi 5 bintangggggg..Sekian

See,.....bila dah malam sket barulah ramai orang memenuhi restoran.Nasib baik tak balik tadi kalau tak,sure nyosal...

Restoran Adam Lai, Seksyen 15 Shah Alam

No.69-G, Jalan Pahat H 15/H, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor.
Tel: 03-5524 2378   Fax: 03-5510 1058

Restoran Adam Lai, Sri Gombak

No.93A, Jalan Prima SG3/2, Prima Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor.
Tel: 03-6181 1137 / 03-6178 0533   Fax: 03-6186 8156

Restoran Adam Lai, Wangsa Melawati

No.1, Jalan Dataran Wangsa 1, Dataran Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur.
HP: 019-388 3903 / 017-280 0718

Waktu beroperasi: 
Isnin-Khamis 11:00 pagi-11:00 malam
Jumaat 2:30 petang-11:00 malam
Sabtu-Ahad 11:00 pagi- 11:00 malam

E-mail : restoranadamlai@gmail.com

KALAU NAK TAHU SEJARAH DAN LEBIH LANJUT PASAL RESTORAN NI BOLEHLAH BACA KAT BLOG MEREKA. KLIK SINI

Zumba

Sejak mendaftarkan diri ke pusat fitness maka rajinlah hakak menjoinkan diri dengan Zumba.Untuk beginner cam Naza memang huru-hara rasanya tapi seronok.
Zumba kat rockafella akan diadakan setiap hari isnin-jumaat pukul 8.30malam-9.30malam.Sabtu pukul 4.30pm dan Ahad,cuti takde zumba.
Setiap hari akan ada Zin(Zumba instructor network) yang berbeza.So kita tak bosan kalau hari-ari orang yang sama je yang ngajo kita.....Kena Zin yang ajar step untuk beginner cam Naza kira ok sangat.Kalau jenis yang dorang budget kita dah pandai tu yang huru hara sket..
Selain Zumba ada piloxing.Tadi baru je try,ala-ala boxing gitu.Naza main follow je,perghh kejang peha......Nak kurus punya pasal redha jelah.
Mudah-mudahan dapatlah berat ideal.Sekarang ni kalau tengok badan sendiri pun rasa nak menjerit.Huhuhu....

Thursday, December 10, 2015

Rockafella Fitness Ampang

Sejak kami semua kat opis dah perasan badan masing-masing macam tong dram, mulalah timbul kesedaran nak kurus semula. Mula-mula plan nak jogging je kat Tasik Pandan Perdana tapi memandangkan hujan lebat, aku ajak geng-geng gi gym. Gym berhampiran kami dekat dengan Tesco Ampang, Rockafella Fitness.

Kami pilih gym ni sebab dekat dan yang penting section untuk lelaki dan perempuan diasingkan.Jadi takde lah segan kami nanti.

Membership kami ladyboss yang banje...hehehehe =) Promosi hujung tahun hanya RM80 (biasa RM100) sebulan tapi kena langgan 3bulan terus, so RM240 untuk seorang. Boleh join zumba bagai secara percuma.Kalau taknak jadi member boleh walk in RM5 tapi kalau nak join zumba kena bayar RM10.

membercard

towel pink tu dapat free tapi Tshirt kena beli ye... RM29 sehelai (tp Naza beli RM25,dapat diskaun sebab join ahli)

Tqlah kepada Owner, En Ubaidillah dan isteri Pn Rohani sangat membantu dan beri penarangan kepada kami semua yang baru nak mula ni. Mesra pelanggan barulah kami semua selesa. Jeles tengok badan Kak Ani solid molid je walaupun dah beranak 5...Mak ni baru beranak dua tapi 
Hopefully 3 bulan lagi dapatlah body cam kak Ani =)

Sekian



Wednesday, December 9, 2015

Kenduri Kahwin Adik-Adik Ipar.

Alhamdullilah, Ahad lepas selesai majlis perkahwinan adik-adik ipar Naza.Majlis pihak lelaki yang berlangsung di Dewan Masjid Putra Nilai sangat meriah dengan kehadiran saudara-mara & kawan-kawan.
Walaupun menggunakan khidmat katering tapi MasyaAllah penatnya sampai tahap tidur takmo bangun. Naza ditugaskan mengedarkan buahtangan kepada tetamu je tapi 1 dewan mak merayau hokayy...Penat yang menghappykan =)

Meh banje sket gambar pengantin..
Saiful Sazlan & Radin Nur Izzati

Saiful Khuzairi & Nur Izzati

SugarRush...Ryan+Mika+Umar...\
Budak-budak ni dari subuh sampai ke tengahmalam asyik serbu candy booth kami je tu pasal 24jam aktif....

Eicha& Kakak Yuyun 

Family
dari kiri kakak No2,Emak,Baba dan Mak Mertua Naza 

The Saudara


The Pelamin.Tengok anak Mak Jemah posing,Bukan main lagik,,,Lolipop tak lepas!

Gift pesen sekarang.Bagi sorang sebotol kacang.Tuan rumah duduk-duduk sambil mengunyah kacang.Tempah sebotol RM2.00

Gift untuk tetamu pihak perempuan.Tak tempah buat sendiri je.Yang ni biras sulung Naza yang buat.200pcs dia dok hadap sorang dengan nak jaga anak-anak kecik dia lagi...fuhhh gigih sungguh Kak Ija.....Cantik sangat dan jimat banyak =)

Gift untuk kanak-kanak dalam tu ada candy

Separuh dari ahli keluargakami..En Suami bz kat luar so pic xde dalam ni.

Bagpipe...Ini minat En Suami dan adik-adik dia dari dulu.Masa kami kawen dulu pun panggil bagpipe je.


Candyshop kami.Takde tempah-tempah just buat sendiri.Cari bahan-bahan hiasan kat Kaison je.

Ni pun biras Naza yang buat...Nasib baik lag tangan teror menconteng.Kalau kena tulisan Naza, hancusssss..Blackboard ni beli kat IKEA je.

props..Vespa sebab adik ipar aku yang bongsu peminat Vespa.

Sekian.

Pesanan untuk Pengantin:-
Lan & Adik semoga korang jadi suami yang bertanggungjawab dan penyayang.Mendidik isteri-isteri korang ke jalan Allah.
Izzati-Izzati yang pretty.Semoga menjadi isteri solehah,stay pretty and stay kurus ye lalings =)Jangan jadi macam kakak ko ni..hehehehhe


Thursday, December 3, 2015

Saba Cyberjaya

Salam semua,

Teringin nak makan nasi arab sedap? Meh try makan kat Restoran SABA Cyberjaya.Betul-betul sebelah DPulse shopping centre.Kalau nak dekat dengan KL ada 1 lagi cawangan kat Jalan Jelatek.


SABA Restoran  ni memang tempat favourite kami sekeluarga.


Sebelum datang please call untuk booking tempat.Takut nasib tak baik, takde tempat duduk sebab SABA Restoran kat Cyberjaya ni memang selalu penuh.Kalau datang lewat  malam sket pun banyak menu yang dah habis.

Moh ler layan menu-menu di SABA Restoran  



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

The Clan


Beef Mogalgal

Lamb Mandi,1 pinggan ni cukup untuk 2-3 orang.Kalau datang restoran arab,baik SABA, hadramawt atau pun ArRawsha tak payah order sorang 1 pinggan, nanti jenuh nak menghabiskan.Plate besar tu....Kalau tak minat dengan Lamb boleh order chicken mandi...Anak-anak Naza boleh makan nasi dia je tanpa lauk.Nasi dia sangat sedap.

Ini favorite hakakkkk...Mulawah bread,1 ni cukup untuk 2-3 orang.Kalau makan dengan Naza cukup untuk berdua je. Cicah dengan beef mogalgal tadi

ni Fasolya rasanya(lupa plak namanya).Ada daging kambing dan telur dadar.Makan dengan roti mulawah tadi memang umphhhh....

Adani Teapot

Naza dengan budak bijak mulut cam orangtua,Zara.

Our princesses

Mak Mertuaku...Happy Birthday Mak,Semoga Allah melindungi mak setiap hari,Amin.

Sekian.