Followers

Friday, January 16, 2015

Lazada teruk!Gd Express penipu!

'DELIVERY SERVICE YOU TRUST'...Itulah motto GDexpress yang konon-kononnya suh orang percaya dengan servis dorang.puihhh!!!

4/1/15 Naza beli barang dekat lazada.5/1/15 lazada bagi tracking no gdex mengesahkan dorang pos barang.6/1/15 Naza track tengok status 'unable to delivery'...Naza tanya budak gdex dorang kata barang besar mungkin lambat sampai sebab dorang guna lori.Takpelah Naza sabar jelah.Lagipun belum seminggu...Hopefully barang akan sampai tak lama lagi.Tak kisahlah lambat sebab tak urgent pun.

7/1/15 Naza beli penimbang kat lazada lagi (belum rasa serik)...apa yang buat Naza bengang bila 12/1/15 Naza track kat page gdex keluar status 'no one at home' padahal Naza tiap-tiap hari ada dirumah.Kalau orang takde kat rumah kenapa posmen gdex tu tak letak consignment note kat pintu.Naza call gdex call centre 03-7787 6677 tapi tak pernah berjawab.Naza call gdex wangsa maju untuk check 2 parcel Naza yang tak sampai-sampai.Seorang pekerja perempuan jawab dan dia mintak detail bagai kemudian dia kata" saya akan pastikan barang puan sampai harini juga"..Sudahnya sampai ke malam tak sampai-sampai.Drama Queen btol perempuan tu.. Frust tapi still sabar...

15/1/15 Naza mintak husband tolong callkan gdex.Apa yang gdex bagitau dorang dah 3 kali datang rumah tapi takde orang.Kalau tengok waktu dorang datang around pukul 6ptg,8mlm dan 12tghmlm..ye ke????tak masuk akal,Memang cilake!

Dorang kata dorang call Naza banyak kali tapi tak berjawab..Memang pandai korang menipu nak salahkan aku pulak.Seharian handphone aku tak berbunyi.misscall pun xde.Husband Naza suh dorang check barang-barang Naza.Perempuan tu kata yang barang kecil tu ada kat opis dorang tapi yang lagi 1 tu tak dapat dikesan.Tak ke cilake tu???

Naza buat aduan kat Lazada.Lazada cam hampeih suh kita isi form itu ini.Dah isi tapi takde tindakan.Bila kita send form dorang just bagi tiket no untuk kita call customer service dia yang sangat tak membantu.

Kali ni memang serik membeli kat lazada.Dan kalau nak pos-pos barang Naza takkan guna servis Gdex.Boikot Lazada dan Gdex.Biar melingkup 2 company ni!

Apa yang perlu Naza lakukan? Mengamuk kat gdex dan lazada?? Adoyaiii...Naza bagi masa seminggu lagi kalau tak sampai jugak Naza buat report polis.Ini dah kes menipu!

Naza gi facebook lazada tengok ramai jadi mangsa lazada dan gdex.Ada yang sempat Naza screenshot.Makin Naza baca makin sakit hati.

Pada korang yang rasa-rasa berminat nak beli barang kat lazada atau nak pos barang guna gdex silalah lupakan.Servis dorang teruk+penipu...Guna poslaju lagi bagus.Tahniah poslaju tak pernah menghampakan.












Monday, January 12, 2015

Persiapan persekolahan 2015

Salam uols,

Wah esok start sekolah.Mommy pulak yang excited nak antar Eicha dan Ayen gi sekolah baru...

Tahun ni tahun ke 4 Eicha gi sekolah.Eicha start sekolah tadika masa umur dia 2 setengah tahun.Masa tu Eicha cam budak umur 4tahun.Masa Naza hantar Eicha ke tadika dulu,Eicha dah pandai makan sendiri dan gi toilet sendiri.Memang dia independent...Kalau ada budak-budak nanges kat sekolah, dia tukang pujuk..Mulut cam mak nenek.Tujuan masukkan dia tadika awal sebab nak dia ada kawan dan meringankan beban mak mertua yang jaga anak-anak Naza.(Naza nak hantar nurseri tapi dia tak bagi).Tahun ni kira umur Eicha dah 6tahun,

Ayen tahun ni tahun ke 2 dia bersekolah. Naza hantar dia ke tadika masa umur dia 4tahun sebab badan dia comel je dan dia tak independent macam Eicha.Semuanya nak mommy buatkan...

Tahun 2015, Naza hantar anak-anak ke PraSekolah kat SK Pandan Perdana KL.Mula-mula just daftarkan Eicha je.Tup-tup masa orientasi aritu cikgu dia bagitau ada 5 kekosongan lagi untuk budak umur 5tahun.Naza try tanya kot-kot Ayen boleh join,Alhamdullilah Ayen dapat masuk.Senang daddy nak hantar dan ambik...

Pasal persiapan cam korang jugak kot..Apa yang penting kasut sekolah, uniform, bag sekolah dan stationery.

Kami beli kasut sekolah kat tesco.Eicha cam biasa sibuk nak kasut sekolah dan stokin barbie..Yang si Ayen nak kasut spiderman tapi takde size pulak..Ada kasut diadora je,so rembat jelah janji stokin awak ada gambar spiderman....erm zaman sekarang macam-macam jenis kasut.Zaman Naza dulu pakai kasut bata dan stokin RM2
je.

Beg sekolah tahun ni recycle je beg tahun-tahun lepas.Beg sekolah dorang masih elok lagi walaupun dah 3tahun menggunakannya.So takyah membazir beli-beli baru.Aritu sebelum cuti sekolah cikgu dorang ada bagi beg untuk Ayen(Ben10) dan Eicha(barbie)..Tup2 masa Naza nak masukkan buku dorang dalam beg tu, boleh pulak zip bag tercabut, ermm malas pikir nak beli baru,pakai beg lama je...beg lama lagi tahan,hage pun boleh tahan,huhuhu...

Uniform Prasekolah kat SK Pandan Perdana warna purple..Tahun ni Eicha bertudung.Haha mesti cute anak mommy..

Stationery just beli pencilbox dan kaler baru je..yang lain semua pakai apa yang ada.
Botol air pun pakai yang tahun lepas punya..

Cam sekolah tadika lain...Baju dan seluar spare, berus dan ubat gigi dan tuala mesti kena bekalkan kat anak-anak.Kot-kot dorang terkencing terberak dalam seluar, ada baju spare kan senang...Berus dan ubat gigi untuk aktiviti memberus gigi nanti..semua cikgu dah bagi list...kita as parent sediakan jelah...

Boleh dikatakan tahun banyak berjimat sebab banyak benda yang dah ada dan masih elok untuk digunakan.Buku-buku sekolah pun Naza dah siap balut.

Hopefully esok masing-masing tak liat bangun.Done........



"EVALEESYA RAIHANNA BINTI SAIFUL EZANI DAN
DUBEIS RYAN ISQANDAR BIN SAIFUL EZANI dengar pesan mommy Belajar rajin-rajin ye sayang.Kita kalau takde ilmu nanti susah.Mommy taknak anak-anak mommy jadi macam mommy, dulu mommy malas belajar, mommy masuk U tapi mommy lari balik umh nenek korang sebab taknak duk jauh,sudahnya mommy menyesal..."

Saturday, January 10, 2015

Resepi: My superduper Kek Sarang Semut

Salam uols,

Cuti-cuti ni meh kita merajinkan diri dengan membaking.Naza nak bagi resepi kuih zaman- berzaman iaitu kek sarang semut...Specialnya kek sarang semut ni,dia sangat moist, lembab sangat dan shedapp...Anak-anak suka sangat.

Paling best uols tak perlu pakai mixer pun.







Resepi:

Bahan A
====================
2cawan gula
2cawan air panas
2sudu besar butter/mentega

Caranya :
====================
Masak gula dalam pan dengan api sederhana sehingga gula cair dan nampak warna keemasan.Selepas tu dengan hati-hati masukkan air panas.Awas! Awalnya gula tu akan meletup-letup selepas bercampur dengan air.Masukkan butter kacau sehingga semua larut.Tutup api biarkan air gula hangus tu sejuk.

Bahan B :
==================
8 biji telur A
1 tin susu pekat
2cawan tepung gandum
4sudu teh soda bikarbonat
2sudu teh baking powder
1sudu besar serbuk koko
2sudu teh esen vanila

Caranya:
==================
Satukan tepung, serbuk koko, soda bokarbonat dan baking powder dan ayak.
Pukul telur, tak perlu kembang sangat asalkan kuning dan putihnya sebati.Guna spatula pun boleh.Masukkan susu pekat.Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah diayak.Lastly masukkan air gula hangus dan esen vanila kacau sehinga sebati.

Naza tapis adunan masuk dalam periuk/bekas then tutup rapat.Biarkan selama 4jam.Selepas 4jam Naza masukkan adunan dalam layang yang dah siap disapu dengan majerin.Pastikan letak baking paper kat dasar loyang agar senang nak keluarkan kek tu nanti.

Bakar pada suhu oven 150° bakar 45minit api bawah kemudian 15minit api atas.Masa membakar ni kadang-kadang ambik masa lebih lama sket depend pada oven korang so pepandai pantau ye.

Setelah keluarkan dari oven,sejukkan dulu baru keluarkan dari loyang dan potong.

Selamat mencuba ye..

Friday, January 9, 2015

Review:Digital Stainless Steel Kitchen Scale Lazada

Salam uols,

Semalam baru buat entry pasal barang lazada lambat sampai kan..Tup-tup pagi ni sampai 2 daripada 5 barang yang Naza order.Tanya budak courier tu, dia kata kalau barang besar dorang hantar guna lori, cam dia hantar barang kecil guna motor,tu yang cepat.Boleh pulak camtu? Sabar jelah...

Salah 1 barang yang Naza beli adalah Kitchen Scale,senanglah nak timbang tepung, gula, minyak dan sebagainya..Memudahkan kerja-kerja membaking.

Meh Naza kasi tunjuk sket..


Naza beli penimbang ni dengan harga RM35 free pos sebab total barang yang Naza beli melebih rm70 utk area lembah kelang.Korang boleh check kt lazada pasal hal-hal delivery charge dorang..harga ni kadang-kadang bertukar-tukar..Semalam Naza tengok benda yang sama harganya RM30 tapi harini RM35 balik.Nasib-nasib je kalo dapat hage murah..


Kitchen scale ni guna 2biji bateri AAA.Bateri tu dorang siap bagi dan leaflet.Boleh timbang berat sehingga 5kg.


Information yang korang boleh baca pasal produk tu.


Sizenya.Takdelah besar sangat cam dalam gambar kat lazada tu.Lebar tapak tangan je (180×140x18mm) dan sangat ringan.


Lcd display dan permukaan stainless steel.
Boleh sukat jumlah gram (g),mililiter (ml),ounce(oz),pounds (lb:oz)..

Nampak cam weight scale je kan tapi korang jangan plak suka-suka nak naik atas penimbang tu..Kang x pasal-pasal berkecai pulak penimbang tu...

1 benda yang Naza rasa tak puas hati bila rupa scale tak sama dengan pic yang diiklankan.Kat iklan tu ada tulisan ALPHA kat scale tapi yang Naza dapat just tulis SF-2012..Apakah???

Kalau uols berminat korang bolehlah order kat Lazada.Tapi harus ambik risiko barang lambat sampai atau sebagainya..

Sekian....

Hai lah lazada...

Salam uols,

Korang ada pengalaman ngeri membeli barang kat lazada tak?

Ahad lepas 4 Jan 2015 Naza beli barang kat Lazada.5 Jan 2015 Lazada email bagitahu yang barang Naza dorang dah pos guna Gdex..Tapi sampai harini tak dapat lagi.
Bila Naza check tracking no GDEX status "unable to complete delivery"..risau pulak...


Bila dah gelabah,barulah Naza check-check kat blog-blog..Tengok review memang menyeramkan.. ada yang order lain dapat barang lain, ada yang dapat barang rosak,ada yang pembelian mereka kena cancel walaupun dah buat payment, ada yang dah sebulan baru terima, ada yang tak terima langsung..

Naza try tanya kakak dan jiran yang kaki beli online kat lazada ni.Setakat ni dorang kata takde masalah? Paling lama sampai 3hari.Lori lazada datang sampai rumah..Tu mungkin dorang Cash On Delivery tu pasal lah cepat..Tapi kalau barang yang takleh cOD, dorang post guna perkhidmatan kurier seperti GDEX, skynet, poslaju etc..Mau makan seminggu kot..

Terseksa menunggu barang ni.Nak keluar rumah tak boleh, risau nanti dorang datang kita takde,1 kerja nak kene gi collect.Nak masuk jamban pun dok pasang telinga kot-kot ada orang ketuk pintu.Nak tidur disiang hari pun tak lena...

Bila dah baca macam-macam cerita pasal pengalaman ngeri dorang dengan lazada, Naza dah start tak senang duduk...mulalah menyesal beli barang banyak kat lazada. .

Hopefully takdelah problem..Amin...

Thursday, January 8, 2015

Bersih Karpet Tanpa Vacum

Salam semua,

Harini nak bebel pasal karpet.Sebenarnya Naza kureng suka pakai karpet/ambal sebab tak suka habuk.Lagipun karpet ni berat dan susah nak basuh sendiri, almaklumlah duduk rumah flat, bilik air sempit nak sidai pun takde tempat.

Tapi mengenangkan anak-anak Naza suka berlari dan melompat-lompat jadi memang kena pakai karpet.Taknaklah pakcik kat rumah bawah naik sound-sound sebab bising bunyi budak berlari-lari..(stress makkk)

Bila dah ada karpet,problem pulak nak membersihkannya.Lagi parah bila takde vacum.Nak bersih guna penyapu,makin sapu makin melekat habuk-habuk.Kami punya karpet warna hitam senanglah nampak habuk-habuk etc.

1day Naza gi Daiso Aeon Wangsa Maju, terjumpalah Carpet Cleaner Tape.Naza pun beli 1 dengan refill sekali.Biasalah daiso semua barang hage RM5.

Cara nak guna pun mudah.Tengok gambar kat bawah tu..Just roll cleaner tu kat karpet.Nanti habuk-habuk,rambut, semua akan melekat ditape yang berpelekat tu.Bila tape dah penuh dengan habuk barulah kita koyakkan tape tu dan sambung roll kat karpet sampai karpet bersih.

Dah hampir 6 bulan Naza pakai cleaner ni memang puas hati.Jimat letrik!
i loike! 1





Anyway tq pada mak mertua Naza yang belanja Naza karpet tu.Ingatkan dia ajak gi Nilai3 untuk beli karpet dia,tup tup untuk kami rupanya.Tq mak=)